Kebolehgunaan atlas makanan dalam menentukan saiz porsi yang diambil di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah

Jivitha Saminathan (2011) Kebolehgunaan atlas makanan dalam menentukan saiz porsi yang diambil di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001070.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menguji kebolehgunaan atlas makanan yang telah dihasilkan berdasarkan gambar bagi sebelas jenis makanan yang lazim dimakan di Malaysia bagi penilaian saiz porsi dalam kalangan orang dewasa. Seramai 50 respondent masing-masing 25 responden lelaki dan 25 responden perempuan dari kampus utama UMS telah melengkapkan 727 (96.93%) penilaian saiz porsi makanan berdasarkan gambar berwama. Penilaian dijalankan dengan meminta responden mengambil jumlah makanan yang dikaji mengikut saiz porsi yang lazim diambil. Berat sebelum dan selepas makan ditimbang oleh penyelidik. Responden diminta menganggar saiz porsi yang telah diambil berdasarkan lapan gambar bersiri makanan tersebut yang disediakan berdasarkan berat dari persentil ke-5 hingga persentill ke-95 merujuk pada Kajian Pengambilan Makanan Orang Dewasa, Malaysia. Keputusan kajian mendapati min perbezaan antara saiz porsi anggaran dari atlas makanan dan saiz porsi sebenar yang dimakan berada dalam julat -16.79% hlngga 2.84%. Semua makanan telah dianggar dengan saiz porsi yang lebih kecil dari saiz porsi yang sebenar kecuali bagi sup ayam dan nasi lemak yang telah dianggar lebih dari saiz porsi yang sebenar. Terdapat hubungan yang signifikan antara kedua-dua saiz porsi bagi semua makanan yang dikaji. Nilai korelasi yang tertinggi adalah rs=0.947 (p<0.01) bagi nasi campur (ikan). Analisis Bland-Altman menunjukkan had persetujuan yang kecil untuk semua makanan kecuali sup ayam. Hasil kajian mendapatl gambar yang dlbangunkan kecuali bagi ikan, membantu responden dalam menganggar saiz porsi yang diambil dan boleh dlgunakan dalam kalangan orang dewasa Malaysia.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: food atlas, food portion size, nutrition, Bland Altman
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 04 Jun 2013 15:51
Last Modified: 13 Oct 2017 17:37
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6160

Actions (login required)

View Item View Item