Komposisi nutrien dalam tiga variasi rumpai laut merah, Kappaphycus Alvarezii yang dikeringkan dengan teknik sejukbeku

Tiang, Ming Chee (2011) Komposisi nutrien dalam tiga variasi rumpai laut merah, Kappaphycus Alvarezii yang dikeringkan dengan teknik sejukbeku. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001083.pdf

Download (4MB) | Preview

Abstract

Objektif utama penyelidikan ini adalah untuk menentukan komposisi nutrien dalam tiga variasi rumpai laut merah, Kappaphycus alvarezii (Aring-Aring, Kulit Buaya dan Bunga Hijau) yang kian popular dalam industri pengkulturan rumpai laut di Sabah. Sampel rumpai laut diperolehi daripada kawasan penanaman rumpai laut, Semporna dan dikeringkan dengan menggunakan teknik pengeringan sejukbeku bagi mengekalkan komponen nutrien yang terkandung dalam rumpai laut daripada degradasi terma sebelum analisis dijalankan. Analisis yang telah dijalankan termasuklah kandungan lembapan, abu, lemak, protein, vitamin C, dan asid lemak. Keputusan yang diperolehi mendapati kandungan nutrien yang tertinggi pada berat kering adalah serabut diet dalam ketiga-tiga variasi rumpai laut yang dikaji dengan julat 81.80% hingga 84.60% daripada jumlah berat kering dan diikuti dengan abu dengan julat 6.36% hingga 8.97%. Kandungan protein adalah 4.06% hingga 5.26%, manakala kandungan lembapan dan kandungan lemak kasar adalah 4.67% hingga 4.73% dan 0.40% hingga 0.54% masing-masing. Sera but diet larut merupakan jenis serabut yang utama dalam ketiga-tiga rumpai laut yang dikaji dengan peratusan 69.26% hingga 71.29% berbanding dengan serabut diet tak larut yang merangkumi 10.54% hingga 13.31% sahaja. Asid lemak yang utama dalam ketiga-tiga rumpai laut yang dikaji adalah asid lemak tepu yang mempunyai lebih daripada 60% daripada keseluruhan asid lemak yang hadir. Kesemua nutrien yang dikaji mempunyai perbezaan signifikan (p<0.05) apabila dibandingkan antara variasi rumpai laut yang dikaji.Variasi Aring-Aring mempunyai kandungan vitamin C dan serabut diet yang tertinggi berbanding dua variasi lain manakala variasi Kulit Buaya mempunyai kandungan lemak yang tertinggi. Variasi Bunga Hijau pula mempunyai kandungan protein dan mineral yang tertinggi. Variasi Aring-Aring adalah variasi yang terbaik dari segi kualiti nutrien yang terkandung dalam rumpai laut.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: nutrient composition, red seaweed, kappaphycus alvarezii, aring-aring, green flower, crocodile skin, cultivation
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 06 Jun 2013 15:21
Last Modified: 16 Oct 2017 14:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6185

Actions (login required)

View Item View Item