Zulhazwan Salim (2007) Pembinaan elektrod pemilih ion zink berasaskan kurkumin sebagai ionofor. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001152.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Elektrod pemilih ion berasaskan kurkumin bagi penentuan Zn2+ (Zn(II)-ISE) telah berjaya dibina. Membran Zn(II)-ISE ini adalah terdiri daripada campuran polyvinyl chloride (PVC), sodium fefraphenylborafe (NaTPB) sebagai penyingkir anion, diethyl phanthalate (DEP) sebagai pemplastik dan kurkumin (Cur) sebagai ionofor dalam nisbah PYC:NaTPB:DEP:Cur ialah 32:5:58:5. Kecerunan Nemstain elektrod ini ialah 26.0 m V/dekad dalam julat kepekatan dinamik iaitu 1.0 x 10.5 M hingga 1.0 x 10.1 M dan had pengesanan elektrod ini pula ialah 6.3 x 10-6 M. Julat pH optimum penderia ini ialah dari 4.0 hingga 7.5. Masa respon elektrod ini ialah 23 saat hingga 53 saat dan jangka hayatnya adalah 5 minggu. Elektrod ini juga adalah selektif terhadap Zn2+ kerana tiada kesan gangguan daripada ion-ion pengganggu seperti Fe3+, Cd2+, Pb2+, Mn2+ dan K+ setelah diuji dengan kaedah larutan terpisah. Penderia ini juga telah berjaya mengesan kehadiran ion Zn2+ di dalam sampel air. Perbandingan di antara Zn(II)-ISE dengan kaedah spektroskopi serapan atom (AAS) menunjukkan Zn(II)-ISE adalah sensitif dan setanding dengan AAS.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | electrode, curcumin, Zn(II)-ISE), polyvinyl chloride, ionophore |
Subjects: | Q Science > QD Chemistry |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 20 Jun 2013 11:43 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 12:45 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6331 |
Actions (login required)
View Item |