Geologi am dan kajian kesan kapur terhadap sifat kejuruteraan aluvium sungai di sekitar Telipok

Wong, Sing Wei (2005) Geologi am dan kajian kesan kapur terhadap sifat kejuruteraan aluvium sungai di sekitar Telipok. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000314.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di sekitar Telipok iaitu latitud 06°06'U hingga 06°11'U dan longitud 116°08'T hingga 116° 13'T dengan jumlah keluasan 100 km². Formasi Crocker dan Endapan Kuaterner merupakan dua jenis unit batuan yang terendap di kawasan kajian. Formasi Crocker dicirikan sebagai batu pasir berselang lapis dengan batu lumpur yang berusia Eosen Akhir hingga Miosen Awal. Manakala Endapan Kuaterner merupakan endapan yang terdiri daripada batu pasir halus, gravel halus, lodak, lempung, pecahan-pecahan koral serta bahan organik. Hasil analisis struktur mendapati Formasi Crocker di kawasan kajian telah mengalami canggaan yang berarah barat laut-tenggara. Kebanyakan singkapan di kawasan kajian telah mengalami luluhawa membentuk tanah yang tebal. Hasil luluhawa diendapkan dalam sungai sebagai endapan aluvium dan di kawasan bertopografi yang rendah. Tiga sampel aluvium sungai telah di pilih daripada kawasan Sungai Salut, Sungai Rugading dan Teluk Mengkabong untuk mengkaji sifat kejuruteraannya. Nilai kandungan kelembapan bagi sampel S1, S2, dan S3 masing-masing ialah 47.42%. 37.11%. dan 33.87%. Manakala kandungan organik bagi sampel S1, S2, dan S3 masing-masing bernilai 10.49%, 4.52%, dan 9.21%. Pengelasan jenis tanah berdasarkan saiz butiran bagi S1 ialah lodak berlempung, S2 ialah tempung berlodak dan 53 ialah lodak tempung, Sampel S1 dan S2 adalah tanah berasid manakala 53 adalah beralkali. Berdasarkan ujian had-had Alterberg mendapati sampel S1 dan S3 dikelaskan sebagai keplastikan sederhana (MI) dan S2 ialah keplastikan tinggi (MH). Ujian pemadatan tanah menunjukkan ketumpalan kering optima bagi sampel S1, S2, dan S3 ialah 1.65 Mg/m³, 1.52 Mg/m³, dan 1.65 Mg/m³. Ketiga-tiga sampel mempunyai darjah kebolehtelapan yang sangat rendah iaitu 1.44X10�� m/s bagi S1, 3.11 X 10�� m/s bagi S2, dan 1.29 X 10�� m/s bagi S3. Kajian penstabilan dengan kapur menunjukkan penambahan kekuatan legasan maksimum yang tertinggi sehingga 166.24 kN/m² bagi sampel S3 yang distabilkan dengan 8% kapur dan diawet selama 45 hari. Nilai tertinggi juga ditunjukkan pada sampel S1 dan S2 yang distabilkan dengan 8% kapur dan diawet selama 45 hari_ Nilai kekuatan legasan maksimum masing-masing ialah 101.12 kN/m² dan 94.02 kN/m². Ini bermakna nilai optimum yang diperlukan untuk kesemua sampel aluvium sungai ialah 8% atau lebih. Hasil analisis juga menunjukkan peningkatan kekuatan sampel dengan masa diawet.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: General geology, Crocker formation, Aluvium quaternary, Telipok River, Sungai Salut, Sungai Rugading, Teluk Mengkabong, Sabah
Subjects: ?? QE351-399.5 ??
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 07 Dec 2011 15:38
Last Modified: 12 Oct 2017 14:11
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/656

Actions (login required)

View Item View Item