Kajian tentang aktiviti antimikrob bagi ekstrak metanol daun spesies cassia ke atas fungi Candida albicans dan bakteria Bacillus subtilis dan Escherichia coli

Rasmaizatul Akma Rosdi (2005) Kajian tentang aktiviti antimikrob bagi ekstrak metanol daun spesies cassia ke atas fungi Candida albicans dan bakteria Bacillus subtilis dan Escherichia coli. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001359.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menentukan kehadiran aktiviti antimikrob (antifungal dan antibakteria) dalam ekstrak metanol daun Cassia alata, Cassia fistula dan Cassia occidentalis terhadap fungi Candida albicans dan bakteria Bacillus subtilis dan Escherichia coli. Perbandingan aktiviti antimikrob antara ketiga-tiga spesies Cassia ini juga dikaji. Sebanyak 7.82g ekstrak C. alata, 4.14g ekstrak C. fistula dan 5.75g C. occidentalis telah diperolehi hasil dari pengekstrakkan Soxhlet metanol ke atas 50g ekstrak kasar C. alata dan C. fistula serta 30.76g ekstrak kasar C. occidentalis. Kehadiran aktiviti antimikrob terhadap spesies Cassia ini telah diuji melalui kaedah penyebaran cakera manakala bagi ujian MIC, kaedah pencairan kepekatan sampel telah digunakan. Keputusan ujian diambil dalam tempoh 24 jam dan setiap ujian dilakukan triplikasi bagi mendapatkan hasil yang lebih tepat. Bagi ujian antimikrob, kepekatan 100mg/mL telah digunakan manakala untuk ujian MIC, 5 kepekatan telah digunakan (20mg/mL, 40mg/mL, 60mg/mL, 80mg/mL, 100mg/mL). Hasilnya, ketiga-tiga ekstrak metanol Cassia tidak menunjukkan aktiviti antifungal pada kepekatan 100mg/mL. Bagi ujian antibakteria, banya daun ekstrak metanol C. alata dan C. occidentalis menunjukkan kehadiran aktiviti antibakteria pada kepekatan 100mg/mL. Tetapi hanya C. alata sahaja yang memberi kesan perencatan terbadap kedua-dua bakteria itu. C. occidentalis hanya menunjukkan aktiviti positif antibakteria terhadap B. subtilis sahaja. Sementara itu, daun ekstrak metanol C. fistula berkepekatan 100mg/mL tidak menunjukkan sebarang perencatan terhadap pertumbuhan fungi C. albicans serta bakteria B. subtilis dan E. coli dalam tempoh 24 jam. Nilai MIC ujian antibakteria daun ekstrak metanol C. alata terhadap B. subtilis ialah 40mg/mL manakala E. coli ialah 100mg/mL. Nilai MIC antibakteria bagi B. sublilis oleh C. occidentalis ialah 80mg/mL. Didapati bahawa membran sel mikrob memainkan peranan di atas tindakan agen antimikrob ke atas mikrob itu.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: antimicrobial agent, extract methanol, Cassia alata, Cassia fistula and Cassia occidentalis, concentration
Subjects: Q Science > QR Microbiology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 24 Sep 2013 10:52
Last Modified: 17 Oct 2017 11:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7068

Actions (login required)

View Item View Item