Kajian prestasi hasil beberapa varieti jagung manis (Zea mays saccharata L.)

Nursyazwani Bukhori (2007) Kajian prestasi hasil beberapa varieti jagung manis (Zea mays saccharata L.). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001364.pdf

Download (4MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membandingkan ciri-ciri agronomi dan prestasi hasil jagung jenis manis (untuk makanan) iaitu antara varieti Jagung Thai Supersweet (kawalan), Jagung Taiwan Supersweet dan Jagung Pulut. Cerapan yang telah dibuat ialah ke atas tempoh kematangan fisiologi, bilangan tongkol per pokok, bilangan tongkol per plot, ketinggian pokok, ketinggian tongkol, panjang tongkol, ukur lilit tongkol, berat tongkol. bilangan biji per baris per tongkol, bilangan biji per tongkol,berat biji jagung bersih per tongkol, jumlah kandungan gula (total soluble solid) dalam biji jagung, peratus penyeleraian, hasil biji per plot, anggaran hasil per hektar dan anggaran tongkol segar per hektar. Daripada cerapan yang telah dilakukan adalah didapati bahawa tidak terdapat perbezaan bererti antara varieti bagi kesemua parameter yang dikaji kecuali bagi parameter peratus penyeleraian. Semua varieti yang dikaji mempunyai tempoh kematangan fisiologi yang sama panjang, ciri pokok yang sama tinggi dan ciri tongkol yang sama. Ketiga-tiga varieti juga menunjukkanpersarnaan dari segi bilangan tongkol per pokok, bilangan tongkol per plot, panjang tongkol, ukur lilit tongkol. berat tongkol. bilangan biji per baris per tongkol, bilangan biji per tongkol. hasil biji per plot dan jumlah kandungan gula. Walau bagaimanapun, peratus penyeleraian yang tinggi secara signifikan adalah bagi varieti Jagung Pulut dan Jagung Taiwan Supersweet. Hasil biji dan pengeluaran tongkol oleh ketiga-tiga varieti yang dikaji adalah sama (tidak signifikan).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Thai Supersweet , seeds, shelling percentage, seed yields per plot, yield estimates
Subjects: Q Science > QK Botany
T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 26 Sep 2013 11:14
Last Modified: 17 Oct 2017 11:37
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7097

Actions (login required)

View Item View Item