Amalan pemakanan dan status pemakanan dikalangan kanak kanak cina diantara usia 3 hingga 6 tahun di Tabika Sabah Chinese Association (Sea) Dan Lok Yuk, Keningau

Hadizah Affendy Koroh (2004) Amalan pemakanan dan status pemakanan dikalangan kanak kanak cina diantara usia 3 hingga 6 tahun di Tabika Sabah Chinese Association (Sea) Dan Lok Yuk, Keningau. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001371.pdf

Download (6MB) | Preview

Abstract

Kajian status pemakanan telah dijalankan dikalangan kanak-kanak prasekolah berbangsa cina (3-6 tahun) di dua buah tabika aliran cina iaitu Sabah Chinese Association (SCA) dan Lok yuk Keningau. Seramai 167 orang kanak-kanak prasekolah berbangsa cina mengambil bahagian dalam kajian ini. Pengukuran antropometri seperti berat dan tinggi telah diambil dan dibandingkan dengan rujukan NCHS. Keputusan yang diperolehi daripada pengukuran antropometri menunjukkan malnutrisi, kekurangan berat badan dan berlebihan berat badan tidak wujud dikalangan kanak-kanak prasekolah dalam kajian (min Z-Skor >-1.0). Didapati, nilai min Z-Skor bagi berat untuk umur dikalangan kanak-kanak berusia 3 hingga 4 tahun ialah -1.0±1 .0. Sementara nilai -0.94±1.1 merupakan nilai min Z-Skor bagi berat untuk umur dikalangan kanak-kanak berusia 5 hingga 6 tahun. Keputusan bagi tinggi untuk umur menunjukkan, nilai min Z-Skor dikalangan kanak-kanak pada usia 3 hingga 4 tahun lalah -0.87±0.6. Manakala, nilai -1 .1±1.2 merupakan nilai min ZSkor bagi tinggi untuk umur dikalangan kanak-kanak berusia 5 hingga 6 tahun. Hasil bagi berat untuk tinggi menunjukkan, nilai min Z-Skor bagi kanak-kanak berusia 3 hingga 4 tahun ialah -1.0±1.0. Sementara, nilai -1 .2±1.1 pula merupakan nilai min Z-Skor bagi berat untuk tinggi dikalangan kanak-kanak berusia 5 hingga 6 tahun. Data yang diperolehi daripada bahagian ingatan semula 24 jam menunjukkan purata pengambilan tenaga dalam sehari adalah sebanyak 1513.:!:81 .12 dengan peratus RDA sebanyak 82.7% mengikut sepertimana yang disarankan oleh RDA Malaysia. Keputusan juga menunjukkan nilai p<O.01 dan r=O.88-O.98 masing-masing. Kekerapan pengambilan makanan dan latar belakang demografi juga dinilai. Faktor demografi seperti pendapatan bulanan yang tinggi meningkatkan kecenderungan mengamalkan tabiat makan di luar (p<O.05). Sebanyak (94.0%) iaitu seramai 157 orang kanak-kanak mengamalkan menikmati hidangan walaupun hakikatnya mereka kurang menggemari makanan tersebut. Sementara, sebanyak (86.2%) dengan seramai 144 orang kanak-kanak menunjukkan penerimaan baik terhadap makanan baru yang dihidangkan. Buktinya, rakan sebaya dan sekolah mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam tabiat makan kanak-kanak prasekolah. Data kekerapan pengambilan makanan menunjukkan, majoriti kanak-kanak mengambiJ susu daripada kumpulan Jemak tepu setiap 2 kali sehari iaitu sebanyak (67.8%) dengan seramai 40 orang kanak-kanak berusia 5 tahun. Pengambilan daging daripada kumpulan lemak tepu dilihat semakin ketara dikalangan kanak-kanak berusia 6 tahun dengan pengambilan sekerap 2 kali sehari dengan (77.4%) untuk seramai 48 orang kanak-kanak. Kanak-kanak juga sudah mula menerima hidangan daripada sumber daging berbanding produk susu daripada kumpulan lemak tepu apabila berlakunya peningkatan usia.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Chinese preschoolers , Chinese preschools ,NCHS , RDA'S , Protein , Energy
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 26 Sep 2013 12:43
Last Modified: 17 Oct 2017 11:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7103

Actions (login required)

View Item View Item