Penghasilan agar daripada Gracilaria Changii kajian ciri-ciri ekstrak, fizikal dan kimia

Hazel Daniel Primus (2004) Penghasilan agar daripada Gracilaria Changii kajian ciri-ciri ekstrak, fizikal dan kimia. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001418.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kaedah pengekstrakan agar daripada rumpai laut dibezakan dari segi masa pengekstrakan serta suhu pengekstrakan. Pra-perawatan alkali juga telah dilakukan ke atas sampel untuk meningkatkan kekuatan gel hasil ekstrak. Natrium hidroksida telah digunakan dan keadaan telah divariasikan dari aspek kepekatan natrium hidroksida, masa serta suhu perendaman. Parameter yang dikaji ialah kepekatan natrium hidroksida dalam 0, 5 dan 10%, masa perendaman 1, 2 dan 3 jam serta suhu perendaman 70, 80 dan 90°C. Dalam penyelidikan ini, keadaan pengekstrakan agar optimum daripada Gracilaria changii telah ditentukan. Setelah itu, ciri-ciri fizikal (kekuatan gel, suhu pengelan, suhu lebur, warna) dan kimia (kandungan air, abu, metoksil) hasil ekstrak telah dikaji. Air suling telah digunakan sebagai medium pengekstrakan dengan masa pengekstrakan di antara 20, 40 dan 60 minit dengan suhu pengekstrakan 100°C. Melalui pengekstrakan terus (0% natrium hidroksida) dengan air suling, peratus agar maksimum yang diperoleh ialah 15.9 ± 0.2 % yang mengaplikasikan tempoh pengekstrakan 60 minit. 8agi pengekstrakan yang melibatkan pra perawatan dengan 5% natrium hidroksida, peratus agar maksimum iaitu 26.7 ± 0.3 % diperoleh dengan tempoh dan suhu pra-perawatan masing-masing 1 jam dan 70°C. Melalui pengekstrakan dengan pra-perawatan 10% natrium hidroksida, peratus agar tertinggi dapat diekstrak iaitu 27.1 ± 0.1 % dengan keadaan yang melibatkan tempoh dan suhu praperawatan 1 jam dan 80°C serta tempoh dan suhu pengekstrakan masing-masing 60 minit dan 100°C. Kekuatan gel paling tinggi iaitu 258 ± 1.15 g/cm2 diperoleh dengan pra-perawatan 10% natrium hidroksida pada suhu 80°C selama 1 jam. Tempoh pengekstrakan didapati amat mempengaruhi kuantiti agar yang dapat diekstrak manakala pra-perawatan dengan natrium hidroksida pula mempengaruhi kuantiti dan kualiti ekstrak. Secara keseluruhan, agar yang diekstrak sesuai untuk diaplikasikan dalam bidang makanan kerana mempunyai ciri-ciri fizikal , kimia dan organoleptik yang hampir sama dengan agar gred makanan yang ada di pasaran.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: extraction of agar, seaweed, organoleptic properties, Sodium hydroxide, soaking time, temperature
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 07 Oct 2013 16:18
Last Modified: 17 Oct 2017 12:03
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7193

Actions (login required)

View Item View Item