Zahimah Hasan (2004) Penghasilan sup krim campuran rumpai laut (Eucheuma Cottoni). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001426.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Objektif penyelidikan ini ialah untuk menghasilkan dan membangunkan sup krim campuran rumpai laut (Eucheuma Cottoni). Sebanyak 12 formulasi telah dihasilkan dengan kadar peratusan kandungan rumpai laut, krim dan garam yang berbeza. Ujian pemeringkatan dibahagikan kepada tiga tahap dim ana setiap tahap mengandungi tiga formulasi. Hasil daripada penilaian sensori ujian pemeringkatan menunjukkan bahawa formulasi 1, 5 dan 10 adalah merupakan formulasi yang paling digemari oleh ahli panel. Formulasi terbaik dipilih melalui ujian hedonik 7 titik. Keputusan penilaian sensori menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) diantara sampel bagi atribut aroma dan kemasinan. Formulasi 1 dengan kombinasi 30.5% krim, 4.5% rumpai laut, 0.3% garam, 1.0% kiub stok ayam, 58.0% air, 1.5% mentega, 2.0% bawang besar dan seleri serta 0.1 % serbuk lada dan herba campuran adalah paling digemari oleh ahli panel. Formulasi tersebut memperolehi skor min tertinggi bagi atribut aroma, kepekatan, rasa rumpai laut, after taste dan penerimaan keseluruhan. Hasil analisis proksimat menunjukkan bahawa sup krim campuran rumpai laut mengandungi 25.53 ± 1.12% air, 1.39 ± 0.15% abu, jumlah lemak 15.20 ± 0.04%, 0.54 ± 0.11 % serabut kasar, 8.70 ± 0.36% protein dan 48.63 ± 1.10% karbohidrat. Keputusan ujian mikrobiologi pada suhu bilik (27°C) menunjukkan sup krim mempunyai anggaran koloni melebihi 300 koloni per gram sampel (TNTC = "Too numerous to count") dalam tempoh 9 jam penyimpanan. Hasil kajian pengguna menyatakan bahawa 44% pengguna suka makan sup krim, 22% pengguna kerap kali makan sup krim dan 58% penguna yang akan membeli produk sup krim campuran rumpai laut.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | seaweed, cream soup, Eucheuma cottoni, formulation, room temperature, product |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 11 Oct 2013 10:28 |
Last Modified: | 17 Oct 2017 12:11 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7224 |
Actions (login required)
View Item |