Pengekstrakan pektin daripada kulit buah betik (Carica papaya L)

Low, Phaik Chuin (2006) Pengekstrakan pektin daripada kulit buah betik (Carica papaya L). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001447.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan dijalankan untuk mengekstrak pektin dari kulit buah betik (Carica papaya Linn) melalui dua kaedah pengekstrakan berasid iaitu kaedah Kirtchev et at. (1989) menggunakan HN03 sebagai media pengekstrakan dan kaedah Kratchonva et at. (1994) menggunakan HCI sebagai media pengekstrakan. Kaedah terbaik dijalankan pada 4 faktor iaitu suhu pengekstrakan, masa pengekstrakan, nisbah air kepada kulit buah betik dan kesan penceluran dijalankan untuk mendapat hasil perolehan pektin optimum. Antara 0.5 N, 1.0 N, 1.5 N, dan 2.0 N HNO3 dan HCI dijalankan. Kaedah Kirtchev et at. adalah terbaik dengan 1.5 N HNO3 memberi hasil perolehan pektin maksimum. Suhu dan masa pengekstrakan terbaik masing-masing adalah 90°C dan 90 minit. Manakala nisbah air kepada kulit terbaik adalah 1:0.075 dengan sampel kulit dilakukan pra-perlakuan penceluran dan maksimum penyimpanan tidak rnelebihi 6 hari. Analisis fiziko-kimia yang dijalankan terhadap pektin kajian menunjukkan kandungan abu dan lembapan pektin kajian adalah tinggi, iaitu 14.70% dan 7.84%. Pektin kajian adalah pektin berrnetoksil (6.69%) dan berester rendah (30.34%), serta kandungan AUA adalah 75.72% menunjukkan ketulenan tinggi. Pektin buah betik membentuk gel pada 71.000C, manakala pektin rendah ester komersial adalah 68.330C. Keupayaan memegang air bagi pektin kajian adalah 79.68%, mana kala pektin komersial adalah 99.52%, ini menunjukkan keupayaan memegang air pektin komersial adalah lebih baik daripada pektin kajian. Pektin komersial mengalami sineresis yang rendah mana kala pektin kajian mengalami sineresis yang drastik iaitu kehilangan air sebanyak 43.14%. Bagi warna pektin kajian adalah perang kekuningan dan pektin komersial adalah putih kekuningan. Pektin kajian sesuai untuk produk rendah gula dan rendah kalori.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: extract pectin, papaya, Carica papaya Linn, add extraction method, temperature, time, ratio peel off, low calorie
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 21 Oct 2013 13:16
Last Modified: 17 Oct 2017 12:19
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7263

Actions (login required)

View Item View Item