Perkembangan sebuah risalah tentang pemakanan dan kesihatan kanak-kanak prasekolah

Tan, Lisa Bey Lu (2007) Perkembangan sebuah risalah tentang pemakanan dan kesihatan kanak-kanak prasekolah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001460.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan tahap kefahaman tentang aspek nutrisi dan makanan sihat di kalangan kanak-kanak prasekolah Taska dan Tadika Sinar Suria bahagian Petagas dan Sembulan dimana ibubapa kanak-kanak turut terlibat dalam menjawab borang soal selidik. Subjek kajian adalah seramai 300 orang responden, iaitu 150 kanak-kanak prasekolah dan 150 ibubapa kanak-kanak. Bahan yang digunakan semasa kajian adalah seperti risalah dan borang soal selidik. Kajian ini hanya melibatkan pengukuran berat dan tinggi kanak-kanak untuk antropometri. Ujian penskoran digunakan menentukan tahap pengetahuan ibubapa dan kanak-kanak. Secara kesuluruhannya, seramai 72 (48.0%) ibubapa adalah dalam kategori sederhana (Skor 8 -9), 28 (18.7%) kategori baik (skor 10 - 11) dan 50 (33.3%) kategori lemah (skor 0 - 7). Manakala kanak-kanak seramai 73 (48.7%) dalam kategori baik (skor 6 - 7), 40 (26.7%) sederhana dan 37 (24.7%) lemah (skor 0 - 3). Ujian khi-kuasa dua digunakan untuk menentukan perkaitan di antara faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pengetahuan dan faktor-faktor mempengaruhi amalan pemakanan kanak-kanak. Kajian analisis khi-kuasa dua menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan pada aras keertian p<0.05 bagi faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pengetahuan kanak-kanak; jantina P=0.001, umur P=0.000 dan status IJT P=0.041. Bagi ibubapa pula hanya dipengaruhi faktor pendapatan bulanan pada aras keertian p<0.05 dengan nilai P = 0.000. Majoriti daripada ibubapa menerima risalah yang dihasilkan, iaitu seramai 132 (88.0%) orang ibubapa dimana terdapat seramai 12 (8.0%) tidak menerima risalah tersebut. Didapati bahawa 1 (0.7%) orang ibubapa mungkin akan menerima risalah dan seramai 5 (3.0%) orang ibubapa tidak pasti untuk menerima risalah tersebut. Ujian khi-kuasa dua menunjukkan terdapat perkaitan antara faktor umur dengan amalan pemakanan responden prasekolah pada aras keertian p<0.005 dengan nilai P = 0.004. Kesimpulannya, risalah yang dihasilkan telah mendapat sambutan yang baik daripada para ibubapa dan majoriti ibubapa berpendapat bahawa risalah boleh dijadikan sebagai panduan semasa mengajar anak tentang pemakanan dan kesihatan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: nutrition, healthy food, preschool children, developed booklet, teaching
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 18 Oct 2013 15:14
Last Modified: 17 Oct 2017 12:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7321

Actions (login required)

View Item View Item