Perbandingan kualiti makanan dari persepsi pengguna antara jenama tempatan dan jenama antarabangsa dalam mempengaruhi pilihan pengguna

Cherlyll Collin Spiji (2004) Perbandingan kualiti makanan dari persepsi pengguna antara jenama tempatan dan jenama antarabangsa dalam mempengaruhi pilihan pengguna. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001474.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji perbandingan kualiti makanan dari persepsi pengguna antara produk jenama tempatan dan jenama antarabangsa dalam mempengaruhi pilihan pengguna. Empat ratus orang pelajar Universiti Malaysia Sabah menjadi responden dalam kaedah borang soal selidik yang digunakan. Seramai 31.5% responden yang dipengaruhi oleh jenama dalam pembelian memilih jenama produk jenama tempatan kerana mempunyai atribut kualiti dari segi nilai pemakanan dan halal. Didapati 61 % responden mempercayai maklumat pemakanan dan logo halal pada label produk sebagai ciri kualiti produk daripada kedua-dua jenama kerana menpunyai pengiktirafan daripada badan-badan yang sah. Hubungan antara jantina dan pengaruh jenama adalah positif (b= 13.697) dan kuat (r= 0.185). Pengaruh jenama terhadap responden perempuan adalah signifikan (p<0.05). Sebanyak 80.8% reponden yang dipengaruhi oleh jenama sanggup membelanjakan lebih untuk membeli produk makanan berkualiti. Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif antara dua pembolehubah tersebut (b = 2.894) pada kekuatan sederhana (r=0.85) tetapi kekerapannya adalah tidak signifikan (p>0.05). 92.7% responden memeriksa label pada produk semasa pembelian. Tarikh luput, logo halal, senarai ramuan adan maklumat pemakanan sebagai maklumat yang paling kerap dicari pada label produk. Hubungan antara memeriksa label dan jantina juga adalah positif (X2 = 4.499) tetapi lemah ( r= -0.106). Bilangan lelaki yang memeriksa label yang lebih ramai berbanding reponden perempuan adalah signifikan (p<0.05). Kajian ini juga mendapati pemilihan produk samada dari jenama tempatan atau antarabangsa dipengaruhi oleh faktor sifat fizikal produk dan tuntutan pemakanan pada label tetapi pemilihan produk dari jenama antarabangsa lebih dipengaruhi oleh faktor jenama. Faktor harga adalah faktor lain yang mempengaruhi pemilihan kedua-dua jenama oleh pengguna. Selain itu, faktor tempat asal produk dihasilkan dan keselamatan makanan juga mempengaruhi persepsi pengguna tentang kualiti makanan .

Item Type: Academic Exercise
Keyword: food quality, brand, consumer preference, perception, price
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Oct 2013 15:28
Last Modified: 17 Oct 2017 12:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7353

Actions (login required)

View Item View Item