Foo, Tiang Kit (2010) Pembangunan mi rumpai laut merah, Eucheuma Denticulatum. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000273.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Objektif penyelidikan ini adalah untuk menbangunkan mi yang mengandungi nilai pemakanan yang tinggi serta enak dimakan. Mi dihasilkan dengan menambah semua bahan mentah seperti tepung gandum, serbuk rumpai laut, garam, telur dan air untuk menghasilkan doh. Doh yang dihasilkan 'direhat' selama 45 minit untuk membolehkan air untuk menghidrat doh tersebut. Selepas itu, doh tersebut dimasukkan kedalam mesin membuat mi untuk menghasilkan kepingan doh dengan penipisan yang paling sesuai sebelum menghasilkan jaluran mi. Penghasilan mi dengan penambahan rumpai laut merah Eucheuma denticu/atum yang terbaik antara 6 formulasi yang dibangun dipilih untuk melakukan ujian kualiti mi dan ujian proksimat. Hasil pemasakan mi campuran rumpai laut adalah sebanyak 3.91±0.09 dan kehilangan pemasakan adalah sebanyak 0.06±0.01%. Jangkamasa pemasakan bagi mi campuran rumpai laut memerlukan masa yang lebih panjang iaitu 270 saat untuk menghilangkan zon putih dalam mi manakala untuk mi kawalan, 180 saat diperlukan untuk menghilangkan zon putih tersebut. Mi campuran rumpai laut mempunyai min skor untuk daya tegangan yang lebih rendah berbanding dengan mi kawalan dengan perbezaan yang signifikan iaitu 9.3S±0.46 dan 1l.81±O.77 masing-masing. Ujian proksimat menunjukkan mi campuran rumpai laut mempunyai nilai nutrisi yang lebih tinggi daripada mi tanpa rumpai laut. Untuk mi campuran rumpai laut, kandungan kelembapan adalah sebanyak 9.43±0.02, kandungan abu adalah sebanyak 1.44±0.2S. Kandungan lemak untuk mi campuran rumpai laut adalah sebanyak 0.74±0.21 manakala kandungan protein pada mi campuran rumpai laut adalah sebanyak 12.51±0.lS. Mi campuran rumpai laut mencatat min skor untuk serabut diet yang agak tinggi iaitu 2.1±0.0l%. Ujian mikrobiologi menunjukkan bahawa mi campuran rumpai laut kering mempunyai jangka hayat lebih daripada 8 minggu. Ujian pengguna yang dijalankan membuktikan bahawa mi campuran rumpai laut dapat diterima secara keseluruhan oleh penduduk di Kota Kinabalu.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Noodles, Seaweed noodles, Eucheuma Denticulatum |
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 11 Nov 2011 16:20 |
Last Modified: | 12 Oct 2017 15:21 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/762 |
Actions (login required)
View Item |