Kesan kepekatan garam terhadap nilai pemakanan telur masin

Chua, Eng Wee (2007) Kesan kepekatan garam terhadap nilai pemakanan telur masin. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001591.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan menjalankan kajian terhadap kesan kepekatan garam dan tempoh perendaman ke atas kandungan proksimat dan mineral dalam telur itik masin. Telur segar direndam dalam larutan garam berbeza (0.2 g/ml dan 0.4 g/ml) untuk tempoh lima minggu, di mana komposisi proksimat dan mineral telur masin dianalisis pada setiap minggu. Kandungan abu dan natrium menunjukkan peningkatan (p<0.05) mengikut tempoh bagi kepekatan dan komponen telur yang berlainan, manakala kandungan lembapan dan kalori menunjukkan penurunan sepanjang tempoh perendaman (p<0.05). Selain itu, tren perubahan untuk protein, lemak dan karbohidrat dalam kedua-dua putih telur dan kuning telur menunjukkan peningkatan dan penurunan pada tempoh masa dan kepekatan garam tertentu, kecuali lemak putih telur dalam 0.2 g/ml larutan garam yang rneningkat berterusan sepanjang tempoh perendaman. Pada keseluruhannya, kandungan mineral dalam putih telur dan kuning telur bagi kedua-dua kepekatan meningkat sepanjang tempoh perendaman kecuali kalium kuning telur dan magnesium putih tetur. Kesimputannya, kepekatan garam yang berlainan dan tempoh perendaman selama lima minggu telah memberi kesan terhadap nilai pemakanan telur itik masin.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: brine concentration, salting period, mineral content, salted duck egg, nutritional value
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 09 Dec 2013 10:21
Last Modified: 11 Oct 2017 15:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7735

Actions (login required)

View Item View Item