Modul pembelajaran CD-ROM Interaktif Subjek Elektronik (SF1043 dan SF2043)

Nor Azliza Ali (2007) Modul pembelajaran CD-ROM Interaktif Subjek Elektronik (SF1043 dan SF2043). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001599.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Modul Pembelajaran CD-ROM Interaktif Subjek Elektronik (SFl043 dan SF2043) ini telah dibangunkan dengan tujuan untuk meningkatkan dan mengintegrasikan kaedah pembelajaran khususnya bagi pelajar jurusan Fizik Dengan Elektronik di Universiti Malaysia Sabah. Modul perisian yang menekankan kepada penggunaan CD-ROM dan animasi interaktif ini telah direkabentuk supaya melengkapi hampir keseluruhan silibus Elektronik iaitu Elektronik Asas dan Elektronik Lanjutan dimana ia merupakan subjek teras bagi semua pelajar jurusan Fizik Dengan Elektronik. Gabungan perisian Macramedia Flash Player 7.0 dan peri sian Nama Web Editar 6 adalah untuk menyediakan satu animasi interaktif yang menggabungkan elemen-elemen media seperti teks, imej grafik, muzik serta animasi yang menarik dengan tujuan untuk meningkatkan minat dan keberkesanan belajar di kalangan para pelajar. Selain itu, perisian yang berbentuk web disediakan adalah sejajar untuk memudahkan para pelajar berhubung terus dengan internet dalam meneari pelbagai maklumat. Modul Pembelajaran CD-ROM Interaktif Subjek Elektronik (SFl043 dan SF2043) ini juga mempunyai ciri-ciri seperti peta konsep, soalan latihan, soalan peperiksaan, eksperimen interaktif, dan rujukan. Pengujian keberkesanan modul juga dilakukan terhadap beberapa pelajar dengan menggunakan kaedah T-Test dan kajian soal-selidik. Hasil soal-selidik membuktikan modul ini adalah berkesan dengan meneatatkan peratusan keberkesanan sebanyak 85%. Usaha membangunkan modul ini diharap menjadi salah satu alternatif baru dalam membantu para pelajar untuk mendalami konsep pembelajaran terutama dalam subjek elektronik seiring dengan perkembangan teknologi pada millennium ini.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Interactive CD-ROM, Electronics Subject, Physic, multimedia technology, Namo WebEditor, Macromedia Flash Player
Subjects: ?? QA75 ??
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 09 Dec 2013 09:47
Last Modified: 11 Oct 2017 15:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7744

Actions (login required)

View Item View Item