Sifat fizikokimia dan sensori bebola ikan daripada ikan Tilapia Merah (Oreochromis Niloticus) dan cendawan tiram kelabu (Pleurotus Sajor-Caju)

Chow, Ngay Lam (2012) Sifat fizikokimia dan sensori bebola ikan daripada ikan Tilapia Merah (Oreochromis Niloticus) dan cendawan tiram kelabu (Pleurotus Sajor-Caju). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001631.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan produk bebola ikan daripada ikan tilapia merah dan cendawan tiram kelabu. 9 formulasi bebola ikan tilapia merah campuran cendawan tiram kelabu (TCCTK) telah dibentukkan dengan mengguna reka bentuk faktoriaI 3X3 di mana pembolehubah adalah ikan tilapia merah (50%, 55%, dan 60%) dan cendawan tiram kelabu (10%, 20%, dan 30%). Formulasi bebola ikan TCCTK yang terbaik iaitu F9 (60% ikan tilapia merah dan 30% cendawan tiram kelabu) telah dipilih melalui ujian sensori untuk menjalankan analisis yang selanjutnya. Satu bebola ikan kawalan telah disediakan dengan menggunakan 90% ikan kerisi (Nemipterus japonicus). Analisis proksimat menunjukkan bebola ikan TCCK F9 mengandungi lembapan, abu, dan serabut kasar yang lebih tinggi daripada bebola ikan kawalan. Manakala, kandungan protein, karbohidrat, dan kalori bebola ikan TCCTK F9 adalah lebih rendah daripada bebola ikan kawalan. Keputusan ujian lipatan menunjukkan kedua-dua bebola mempunyai tekstur yang memuaskan. Dalam analisis tekstur profil, kekohesifan dan keanjalan bagi kedua-dua bebola tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05). Manakala, kekerasan dan kekunyahan bebola ikan TCCTK F9 adalah lebih rendah daripada bebola ikan kawalan. Kedua-dua bebola mempunyai perbezaan yang signifikan (p<0.05) bagi atribut warna di mana bebola ikan TCCTK F9 mempunyai warna yang lebih gelap. Jangka hayat bagi kedua-dua bebola yang disimpan pada suhu 40C dalam plastik PE adalah kurang daripada 1 minggu. Keputusan ujian pengguna menunjukkan bebola ikan TCCTK F9 mendapat sambutan yang baik dan mempunyai potensi untuk dipasarkan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: fish ball, red tilapia fish, grey oyster mushroom, market potential, colour, hedonic test
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 16 Dec 2013 11:32
Last Modified: 11 Oct 2017 16:20
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7783

Actions (login required)

View Item View Item