Pembangunan sorbet campuran buah mangga dan rumpai laut Kappaphycus Alvarezii

Kee, Meau Eong (2012) Pembangunan sorbet campuran buah mangga dan rumpai laut Kappaphycus Alvarezii. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001639.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan atas tujuan untuk menghasilkan formulasi terbaik produk sorbet campuran buah mangga dan rumpai laut. Sebanyak lapan formulasi diujikan dengan ujian pemeringkatan BIB dan hanya tiga formulasi, formulasi 3, 4 dan 7 digemari oleh panel diteruskan dengan ujian hedonik. Daripada penilaian ujian hedonik, formulasi 4 dipilih sebagai formulasi terbaik dengan mencapai jumlah skor yang paling tinggi dan perbezaan signifikan (p<0.05) dalam atribut aroma, rasa, kemanisan dan penerimaan keseluruhan. Mengikut formulasi empat CF4), bahan mentah digunakan untuk penghasilan sorbet termasuk 22% buah mangga, 7% rumpai laut segar, 20% gula dan 51 % air. Keputusan analisis proksimat menunjukkan formulasi empat mengandungi 73.54±0.39% lembapan, 0.31±0.28% lemak, 0.61±0.02% protein, 5.43±0.34% serat kasar, 0.94 ± 0.02% abu dan 19.09 ± 0.58% karbohidrat. Ujian mutu simpanan dijalankan dengan menunjukkan hayat penstoran produk sorbet tersebut adalah empat minggu ke atas dengan keputusan ujian mikrobiologi kurang daripada 1.0x102 cfu/g purata pertumbuhan koloni bakteria dan 0 cfu/g pertumbuhan yis dan kulat. Bagi ujian sensori perbandingan berganda, hanya atribut aroma, warna, kemanisan, rasa dan penerimaan keseluruhan menunjukkan perbezaan signifikan (p<0.05) pada minggu keempat. Menurut keputusan ujian pengguna seramai 100 orang, tahap penerimaan sorbet ini adalah tinggi. Seramai 71% daripada responden suka dan 29% sangat suka produk sorbet ini. Sebanyak 75% pengguna menyatakan akan membeli produk ini dan 25% mungkin akan membeli sekiranya dipasarkan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: mango, seaweed sorbet, BIB rank test, seaweed, hedonic test, aroma, flavour, sweetness
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 16 Dec 2013 11:09
Last Modified: 11 Oct 2017 16:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7791

Actions (login required)

View Item View Item