Kajian penyaringan fitokimia dan aktiviti biologi ke atas orkid

Nur Hanim Mohamad (2005) Kajian penyaringan fitokimia dan aktiviti biologi ke atas orkid. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001677.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini melibatkan kajian penyaringan fitokimia iaitu penyaringan sebatian alkaloid dan saponin serta kajian aktiviti biologi ke atas 40 spesis tumbuhan orkid. Kesemua sampel spesis orkid ini telah diekstrak dengan metanol 95% (v/v) dalam nisbah 1 :7. Ujian penyaringan sebatian alkaloid melibatkan ujian Mayer dan ujian Dragendroff, manakala bagi ujian penyaringan saponin pula melibatkan ujian buih serta ujian Liebermann-Burchad. Bagi aktiviti biologi pula, ujian yang dijalankan ialah ujian antioksida dan ujian perencatan MKKIP38 6-MSG5. Daripada ujian penyaringan fitokimia, didapati bahawa hanya dua sarnpel yang menunjukkan kehadiran saponin steroid iaitu ekstrak sampel Cleisocentron merillianum dan Paphiopedilum rothschildianum dan semua ekstrak sampel menunjukkan kehadiran alkaloid tetapi pada tahap yang berbeza. Manakala dalam ujian antioksida pula, aktiviti antioksida ekstrak sampel telah ditentukan dengan mengira aktiviti relatif terhadap BHT. Daripada keputusan yang diperolehi didapati bahawa 7 ekstrak sampel (Bulbophyllum lobii, Ceratoehiius jiewheoi, Cymbidium bieoior, Dimorphorehis rossii, Epigenium treacheanum, Paphiopedilum rothsehildianum dan Vanda hastifera) memberikan nilai serapan relatif yang kurang daripada 1 dan ini menunjukkan bahawa ekstrak-ekstrak sampel ini merupakan agen antioksida yang baik. Ekstrak sampel yang memberikan nilai terbaik ialah ekstrak Dimorphorchis rossii dengan nilai serapan relatif 0.40. Manakala hanya satu ekstrak sampel (Dendrobium oblongum) memberikan nilai serapan relatif sarna dengan 1 yang menunjukkan bahawa ia merupakan agen antioksida. Ekstrak-ekstrak sampel yang selebihnya menunjukkan nilai serapan relatif yang melebihi 1 dan merupakan agen antioksida yang kurang baik. Dalam ujian perencatan MKKIP386-MSG5 pula, semua ekstrak sampel memberikan keputusan negatif atau tidak menunjukkan potensi sebagai perencat MAP kinase fosfatase.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: phytochemical screening, methanolic crude, orchid, alkaloid, saponin, Liebermann-Burchad test, antioxidant agent, MAP kinase phosphatase
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 19 Dec 2013 13:53
Last Modified: 10 Oct 2017 14:50
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7845

Actions (login required)

View Item View Item