Kajian mengenai jangkaan, persepsi dan tahap kepuasan pesakit terhadap makanan dan perkhidmatan makanan di hospital swasta

Wong, Siew Fei (2012) Kajian mengenai jangkaan, persepsi dan tahap kepuasan pesakit terhadap makanan dan perkhidmatan makanan di hospital swasta. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001688.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian soal selidik bertujuan untuk mengkaji hubungan antara jangkaan, persepsi dan tahap kepuasan pesakit terhadap kualiti makanan dan perkhidmatan makanan di Hospital Columbia Asia (HCA). Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang diubahsuai dan dikendali oleh penemubual iaitu pengkaji untuk mengkaji persefahaman dan pandangan responden secara lebih mendalam terhadap isu-isu berkenaan. Hasil kajian pada peringkat pra-intervensi digunakan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan keseluruhan pesakit terhadap kualiti makanan dan perkhidmatan makanan di HCA. Terdapat empat aspek utama iaitu kualiti makanan, suasana makan, kualiti pekhidmatan makanan dan sikap pekerja perkhidmatan makanan telah dikaji dalam kajian ini. Strategi penambahbaikan yang khusus dilaksanakan untuk menangani isu-isu berkenaan tanpa mempengaruhi sistem operasi perkhidmatan makanan di HCA. Data mengenai jangkaan, persepsi dan tahap kepuasan keseluruhan pesakit dikumpul semula pada peringkat pos-intervensi untuk mengkaji keberkesanan strategi penambahbaikan. Ujian T dijalankan untuk membandingkan hasil kajian pada peringkat pra-intervensi dan pos-intervensi (p<0.05). Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan korelasi positif yang kuat antara jangkaan, persepsi dan tahap kepuasan pesakit terhadap kualiti makanan dan perkhidmatan makanan di HCA. Strategi penambahbaikan yang khusus diperlukan terhadap aspek-aspek seperti rasa, tekstur dan suhu makanan, kepelbagaian menu, saiz makanan dan keupayaan pesakit memilih makanan. Hasil kajian menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.05) terhadap setiap aspek yang dikaji serta tahap kepuasan keseluruhan pesakit pada peringkat pra-intervensi dan pos-intervensi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: expectation, perception, overall satisfaction, food, food service quality, Columbia Asia Medical Center, Group T-test
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 24 Dec 2013 10:28
Last Modified: 10 Oct 2017 15:20
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7867

Actions (login required)

View Item View Item