Pembangunan mi segera rumpai laut Sabah

Lim, Chung Shyan (2012) Pembangunan mi segera rumpai laut Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001717.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif penyelidikan ini adalah untuk membangunkan mi segera yang mempunyai kandungan nutrisi dan nilai pemakanan yang tinggi, lazat dimakan dengan harga yang berpatutan di mana semua lapisan masyarakat mampu membelinya. Bahanbahan mentah seperti tepung gandum, serbuk rumpai laut, air, garam, natrium bikarbonat dan gam guar digunakan untuk menghasilkan doh mi segera. Selepas pencampuran, doh bagi mi segera rumpai laut diproses melalui proses perehatan, pengepingan, pengukusan dan pengeringan untuk menghasilkan produk akhir. Formulasi terbaik bagi mi segera yang ditambahkan dengan serbuk rumpai laut Kappaphycus alvarezii dan Caulerpa lentilifera dipilih daripada jumlah 15 formulasi yang dibangunkan untuk melakukkan ujian kualiti mi, ujian proksimat, ujian fizikokimia dan ujian sensori perbandingan berganda. Peratusan perolehan produk mi segera rumpai laut adalah sebanyak 82.65% dan kesusutan penyediaan adalah sebanyak 3.4%. Jangkamasa penyediaan bagi mi segera rumpai adalah antara 3-3.5 minit, iaitu masa yang diperlukan untuk menghilangkan zon putih pada teras jaluaran mi segera. Ujian proksimat menunjukkan mi segera rumpai laut mempunyai kandungan nutrisi dan nilai pemakanan yang lebih tinggi daripada mi segera kawalan. Mi segera rumpai laut mempunyai peratusan kandungan kelembapan dan abu sebanyak 9.18 ± 0.07% dan 1.76 ± 0.04% masing-masing. Kandungan protein pada mi segera rumpai laut adalah sebanyak 11.05 ± 0.22% manakala kandungan lemak adalah sebanyak 2.29 ± 0.06% untuk mi segera rumpai laut. Mi segera rumpai laut mempunyai peratusan serabut diet yang agak tinggi, iaitu sebanyak 8.43 ± 0.58% berbanding dengan mi segera kawalan. Ujian mikrobiologi menunjukkan bahawa mi segera rumpai laut mempunyai jangka hayat yang lebih daripada 8 minggu. Ujian pengguna dijalankan untuk membuktikan bahawa mi segera rumpai laut dapat diterima dan digemari oleh penduduk penduduk di Kota Kinabalu secara keseluruhannya.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: instant noodle, affordable, seaweed, product development
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 06 Jan 2014 16:03
Last Modified: 10 Oct 2017 15:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7923

Actions (login required)

View Item View Item