Kesan atmosfera terubah suai, suhu simpanan dan jangkamasa simpanan terhadap kualiti buah nanas (Ananas comosus L. Merr)

Jocelyn Anak James (2007) Kesan atmosfera terubah suai, suhu simpanan dan jangkamasa simpanan terhadap kualiti buah nanas (Ananas comosus L. Merr). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001764.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian dijalankan untuk mengkaji kesan atmosfera terubah suai, suhu penyimpanan dan tempoh penyimpanan terhadap kualiti buah nanas lepas. Terdapat 4 jenis pembungkusan yang dikaji iaitu tidak dibungkus, bungkusan tanpa lubang, bungkusan dengan 2 lubang dan bungkusan dengan 10 lubang. Setiap lubang adalah kira-kira sebesar 1 cm². Plastik yang digunakan untuk membungkus buah nanas ini ialah plastik polietilena berketumpatan rendah (LDPE). Setiap jenis pembungkusan disimpan pada 3 keadaan suhu yang berbeza iaitu di luar bilik, dalam bilik dan dalam bilik sejuk selama 4 minggu. Didapati nanas yang disimpan dalam bilik sejuk dapat mengekalkan kualiti yang paling baik berbanding dengan jenis suhu penyimpanan yang lain. Jenis pembungkusan tidak memberi perbezaan yang signifikan terhadap kualiti kimia buah nanas. Walaubagaimanapun, jenis pembungkusan mempengaruhi kualiti visual bagi buah nanas. Nanas dapat disimpan sehingga 4 minggu jika disimpan dalam bilik sejuk. Kombinasi di antara penyimpanan dalam bilik sejuk (7-13°C) dan pembungkusan mengunakan plastik LDPE 10 lubang adalah direkomenkan kepada pengguna atau petani untuk mendapatkan kualiti simpanan buah nanas yang terbaik.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: atmosphere packaging, temperature, duration, postharvest pineapple quality, low density polyethylene, temperature
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 08 Jan 2014 13:58
Last Modified: 10 Oct 2017 16:26
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8001

Actions (login required)

View Item View Item