Pengaruh kriteria sedimen dasar terhadap taburan makrobentos Di Laguna Salut, Tuaran

Ng, Han Seng (2005) Pengaruh kriteria sedimen dasar terhadap taburan makrobentos Di Laguna Salut, Tuaran. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001784.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian telah dijalankan untuk mengkaji pengaruh SaIZ butiran terhadap taburan makrobentos di laguna Salut. Sebanyak 3 persampelan telah dijalankan iaitu pada bulan Oktober, November dan Disember. Terdapat 3 zon dalam kawasan kajian iaitu zon hadapan laguna (ST1, ST2 dan ST3), zon pertengahan laguna (ST4, ST5 dan ST6) dan zon belakang laguna (ST7, ST8 dan ST9). Sampel diambil dengan menggunakan 'grab sampler'. Saiz butiran sedimen dikaji dengan kaedah ayak kering dan kaedah ayak basah. Saiz butiran yang kecil daripada 63 flm dikaji dengan menggunakan mesin 'particle size analyzer' (PSA). Lima parameter statistikal (median, min, sisihan, kepencongan dan kurtosis) dianalisis. Makrobentos diayak dengan menggunakan pengayak berliang 1.0mm dan makrobentos diawet dengan menggunakan larutan formalin 10%. Parameter air (kedalaman, kandungan oksigen terlarut (DO), saliniti, kekeruhan, suhu, jumlah pepejal terlarut (TDS) dan pH) turut diambil. Peratusan bahan organik dibakar dengan relau pada suhu 550 °C. Zon hadapan mempunyai peratus pasir halus yang tinggi berbanding dengan zon lain. Zon pertengahan (kecuali ST5) dan belakang mempunyai peratus kelodak yang agak tinggi. Tindakan pasang-surut tidak mempengaruhi saiz butiran sedimen dan taburan makrobentos. Saiz butiran juga tidak mempengaruhi taburan makrobentos.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: particle size, macrobenthos, Salut lagoon, sedimen size, particle size
Subjects: Q Science > QR Microbiology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 13 Mar 2014 15:07
Last Modified: 10 Oct 2017 16:49
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8029

Actions (login required)

View Item View Item