Luahan semasa nitrat di Sungai Menggatal Sabah

Siti Khairunnisa Madius @ Ladis (2006) Luahan semasa nitrat di Sungai Menggatal Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001843.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian mengenai kadar luahan nitrat di sepanjang sungai Menggatal telah dijalankan di empat buah stesen, melalui empat kali persampelan dijalankan pada bulan Januari dan Februari 2006. Objektif kajian ini adalah untuk memahami hubungan semasa di antara kadar luahan sungai dan kadar kepekatan nitrat bagi menentukan latar belakang kepekatan nitrat, beban angkutan nitrat danpunca kawasan yang berpotensi untuk menyumbang kemasukan nitrat ke dalam Sungai Menggatal. Luahan sungai telah diukur dengan menggunakan kaedah pembauran manakala analisis kepekatan nitrat pula ditentukan dengan menggunakan spektrofotometer ( HACH DR 2010 ). Kepekatan nitrat dan luahan sungai mempunyai kolerasi yang paling baik (R2 = 0.98). Hasil kajian menunjukkan luahan sungai Menggatal mempengaruhi kepekatan nitrat. Julat nilai kepekatan nitrat ialah 0.14-1.82 mg/I. Julat nilai luahan sungai ialah 0.006-0.292 m³s�¹, dan julat nilai beban adalah di antara 0.717-12.113 kg. Stesen keempat menunujukkan jumlah input nitrat yang paling tinggi dari persekitarannya iaitu 2 kali lebih tinggi dari kepekatan latar belakang. Kehadiran nitrat dalam sungai disebabkan oleh aktiviti perindustrian, penternakan dan sisa domestik yang terdapat dalam kawasan tadahan sungai.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: nitrate discharge, Sungai Menggatal, spectrophotometer, concentration, dilution gaughing method
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 10 Feb 2014 19:53
Last Modified: 11 Oct 2017 13:10
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8151

Actions (login required)

View Item View Item