Analisis kesedaran kepentingan penyusuan susu ibu dalam komuniti Universiti Malaysia Sabah

Siti Nurbayah Alias (2006) Analisis kesedaran kepentingan penyusuan susu ibu dalam komuniti Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001863.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sejauhmana kepentingan penyusuan susu ibu di dalam komuniti Universiti Malaysia Sabah (UMS) dipengaruhi oleh faktor kehadiran para ibu ke ceramah penyusuan susu ibu. Sampel kajian adalah para ibu yang berada dalam komuniti UMS tidak kira sama ada staff ataupun pelajar. Seramai 119 orang ibu telah dipilih berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan pada 30 Januari hingga 5 Februari 2006. Analisis khi-kuasa digunakan uotuk mcnguji pertalian di antara kehadiran ke ceramah penyusuan susu ibu dalam memberikan pandangan mengenai kepentingan penyusuan susu ibu. Ujian korelasi Pearson pula digunakan untuk melihat kekuatan hubungan yang wujud antara dua pembolehubah tcrsebut. Hasil kajian mendapati kehadiran para ibu ke ceramah penyusuan susu ibu dapat mempengaruhi mereka dalam memberikan pandangan mengenai kepentingan penyusuan susu ibu. Melalui analisis korelasi pula, didapati terdapat hubungan yang wujud antara kehadiran ceramah penyusuan susu ibu dalam mempengaruhi para ibu memberikan pandangan bahawa susu ibu mengurangkan masalah asma, mengurangkan bayi mengalami masalah alergi dan penyusuan susu ibu menjimatkan wang. Kesimpulannya, bilangan sampel haruslah ditambah bagi meningkatkan kejituan kajian.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: breastfeeding talk, attendance, Pearson correlation test, breast milk
Subjects: Q Science > QA Mathematics
H Social Sciences > HA Statistics
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 28 Feb 2014 11:14
Last Modified: 11 Oct 2017 13:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8185

Actions (login required)

View Item View Item