Geologi am dan geokimia unsur-unsur surih endapan resen di kawasan Teluk Likas - Telukan Gantian, Kota Kinabalu, Sabah

Marzila Omar (2005) Geologi am dan geokimia unsur-unsur surih endapan resen di kawasan Teluk Likas - Telukan Gantian, Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001867.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian ini menganjur dari Teluk Likas mengarah ke utara hingga ke Telukan Gantian. Ia terdiri daripada Formasi Crocker yang berusia Eosen Akhir hingga Miosen Awal dan endapan aluvium. Hasil cerapan lapangan menunjukkan unit batuan bagi Formasi Crocker di kawasan kajian terdiri daripada unit batu pasir masif, unit selang lapis batu pasir dengan syal, unit syal kelabu dan unit syal merah. Arah tegasan bagi Formasi Crocker di kawasan kajian didapati bertrend timur laut -barat daya dan barat laut tenggara. Terdapat 7 stesen persampelan untuk analisis geokimia iaitu Sungai Menggatal, Telukan Gantian, Pantai UMS, Sungai Darau, Sungai Likas, Sungai Inanam dan Teluk Likas. Taburan unsur-unsur surih (Cr, Cu, Pb dan Zn) di kawasan sungai adalah lebih tinggi berbanding di sepanjang pantai. Ini kerana sungai di kawasan kajian mempunyai kandungan lempung yang tinggi. Lempung ini di tafsirkan berasal daripada syal terlulu hawa dari Formasi Crocker yang telah diangkut melalui air sungai dan diendapkan di sepanjang sungai yang terdapat di kawasan kajian. Secara keseluruhannya, unsur surih yang paling melimpah di kawasan kajian adalah unsur Zn yang mencapai sehingga 165.33 bpj manakala unsur yang paling sedikit ialah unsur Cr dengan purata kepekatan 3.05 bpj. Oi kawasan sekitar muara Sungai Inanam di stesen Teluk Likas, unsur Pb berada di bawah had pengesanan mungkin kerana pH yang terlalu beralkali dan kandungan bahan organik yang rendah. Secara keseluruhannya, nilai pH adalah semakin bertambah dari sungai ke pantai. Kepekatan unsur surih, kandungan bahan organik dan kandungan lempung pula semakin berkurang dari sungai ke pantai. Ini menunjukkan bahawa apabila pH rendah, kepekatan unsur surih, kandungan bahan organik dan kandungan lempung semakin bertambah. Hubungan ini telah ditunjukkan oleh sampel dari stesen sungai di kawasan kajian. Hubungan sebaliknya ditunjukkan di stesen pantai. Punca kelimpahan unsur surih di kawasan kajian dipercayai berasal daripada proses-proses geologi, hasil aktiviti manusia dan sisa perindustrian. Tindakan ombak dari arah barat laut memainkan peranan penting untuk menerangkan kekurangan unsur surih di stesen pantai kawasan kajian. Kandungan lempung memainkan peranan penting untuk menjerap unsur surih di kawasan kajian berdasarkan hubungannya yang positif di hampir kesemua stesen sungai yang mempunyai kandungan lempung yang tinggi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Quaternary Sediment, Crocker Formation, Late Eocene, Early Miocene, trace element, clay
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 13 Feb 2014 10:38
Last Modified: 11 Oct 2017 16:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8196

Actions (login required)

View Item View Item