Kesan kadar baja triple superphosphate terhadap hasil jagung manis (Zea mays saccharata) varieti Thai Supersweet

Nurul Saadiah Said (2007) Kesan kadar baja triple superphosphate terhadap hasil jagung manis (Zea mays saccharata) varieti Thai Supersweet. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001919.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian tentang kesan baja Triple Superphosphate(TSP) terhadap hasil jagung manis; (Zea mays saccharata), varieti Thai Supersweet di kawasan makmal ladang Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah. Kajian ini menggunakan rekabentuk rawak penuh(CRD). Kadar baja yang digunakan dalam kajian ini ialah, 0 kg P/ha, 30kg Plha, 60 kg P/ha dan 90 kg P/ha. Keputusan kajian menunjukkan kesan respon yang berlainan kepada kadar baja P terhadap bilangan tongkol jagung, berat jagung tanpa kulit/plot, panjang dan ukur lilit jagung, bilangan baris biji jagung, dan kandungan gula dalam biji kernel jagung. Kadar baja yang optimum ialah 60 kg P/ha yang meningkatkan hasil bilangan tongkol jagung, berat jagung tanpa kulit/plot, panjang dan ukur lilit jagung, bilangan baris biji jagung, dan kandungan gula dalam biji kernel jagung. Pemberian baja P pada kadar berlainan tidak memberikan kesan ke atas berat tongkol jagung/pokok dan ke atas pertumbuhan bahagian-bahagian vegetatif tanaman jagung manis.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Triple Superphosphate fertilizer, sweet corn, Complete Randomize Design, fertilizer
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 20 Feb 2014 11:17
Last Modified: 12 Oct 2017 11:46
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8281

Actions (login required)

View Item View Item