Perbandingan penggunaan di antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi subjek Matematik di kalangan pelajar UMS

Borrai Jeti Anak Kolony (2008) Perbandingan penggunaan di antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi subjek Matematik di kalangan pelajar UMS. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauh manakah pencapaian pelajar dalam pengunaan dwi-bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam subjek Matematik. Kajian ini turut mengkaji tentang faktor-faktor yang dapat menyumbang kepada pencapaian pelajar dalam Matematik di samping membandingkan min faktor-faktor tersebut dengan faktor demografi. Responden adalah terdiri daripada 300 orang pelajar UMS daripada empat buah sekolah iaitu SKTM, SPE, SPPS dan SST, khususnya bagi pelajar yang belajar subjek Matematik dalam silibus pengajian. Ujian yang digunakan adalah analisis faktor, ujian t tak bersandar dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat empat faktor yang menyumbang ke arah pencapaian Matematik dalam penggunaan dwi-bahasa iaitu kurang keyakinan dalam penggunaan Bahasa Inggeris, kemahiran penguasaan Matematik dalam Bahasa Inggeris, gemar berbahasa Inggeris dan gemar berbahasa Melayu. Keputusan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara empat buah sekolah pengajian dan tempat asal responden dengan keempat-empat faktor tersebut. Walaubagaimanapun terdapat perbezaan bagi tahun pengajian dengan faktor kurang penggunaan Bahasa Inggeris.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Mathematic, English language, Bahasa Melayu, student achievement, independent t-test, ANOVA test
Subjects: ?? LB1603 ??
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 25 Feb 2014 15:00
Last Modified: 25 Feb 2014 15:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8345

Actions (login required)

View Item View Item