Menganalisis elektrod yang digunakan untuk mendapatkan voltan lemah daripada buah-buahan

Ling, Ping Ping (2008) Menganalisis elektrod yang digunakan untuk mendapatkan voltan lemah daripada buah-buahan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001967.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Pengecasan superkapasitor dengan voltan lemah daripada buah-buahan juga boleh merupakan sejenis bateri voltaik. Bateri voltaik mengubahkan tenaga kimia ke dalam tenaga elektrik dengan tindak balas yang berlaku di elektrod yang digunakan. Bateri voltaik mengandungi sekurang-kurangya sejenis elektolik dan dua elektrod yang berlainan. Dalam kajian ini, jus buah pisang dianggap sebagai elektrolit dan kepingan logam kuprum, zink, ferum, aluminium dan plumbum dijadi sebagai elektrod. Jus pisang mempunyai nilai pH 4.5-5.2 yang bersifat asid. Objektif kajian ini ialah mengkaji kesan elektrod dan juga saiz elektrod terhadap pengecasan superkapasitor dengan voltan lemah dari buah pisang. Voltan yang didapati daripada pasangan elektrod kuprum dan zink mencatat voltan yang paling tinggi iaitu (0.84 ± 0.01) V. Pasangan elektrod yang lain membekalkan voltan di antara (0.06 ± 0.01) V hingga (0.55 ± 0.01) V. Didapati kedalaman kepingan elektrod yang dicucuk ke dalam buah dan luas permukaan mempengaruhi nilai voltan. Kadar pengecasan juga dipengaruhi kerana kadar tindak balas yang berlainan. Kajian ini amat menarik kerana bateri buah ini masih mempunyai banyak potensi yang boleh dikaji untuk meningkatkan voltan yang didapati.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: voltaic cell, electric energy, fruit battery, voltage, electrode, acid
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 26 Feb 2014 16:15
Last Modified: 12 Oct 2017 13:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8363

Actions (login required)

View Item View Item