Pembinaan penguat audio berkuasa 100 watt

Mohd Khairul Kadir (2007) Pembinaan penguat audio berkuasa 100 watt. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002001.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian yang dibuat ini bertujuan untuk membina suatu penguat audio yang akan menggandakan arus dan voltan masukan yang kecil dan keluar sebagai arus dan voltan keluaran. Sebelum penguat audio ini dihasilkan, terdapat dua bahagian litar yang berlainan perlu digabungkan bagi membentuk sebuah litar penguat audio berkuasa maksimum l00 Watt yang lengkap. Litar yang pertama yang akan dibina ialah litar pra-penguat di mana litar ini akan memperkuatkan isyarat masukan daripada audio dan menghantar isyarat tersebut terus ke litar yang kedua iaitu litar penguat kuasa. Litar penguat kuasa ini akan menerima isyarat daripada litar yang pertama tadi seterusnya akan menggandakan isyarat tersebut kepada suatu isyarat keluaran yang lebih besar. Kedua-dua litar yang dibina ini disambungkan kepada bekalan kuasa yang berlainan dimana bekalan kuasa untuk pra-penguat ialah sebanyak 15V manakala untuk penguat kuasa pula ialah 30V. Dalam pembinaan litar ini, nilai-nilai arus dan voltan masukan dan juga arus dan voltan keluaran akan dicatatkan bagi mengetahui gandaan arus dan voltan bagi kedua-dua litar tersebut. Dalam pembinaan litar ini, didapati hanya litar pra-penguat sahaja berjaya beroperasi dengan baik di mana terdapat gandaan voltan dan arus yang berlaku pada litar pra-penguat manakala litar penguat kuasa yang dibina adalah sebaliknya.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: audio amplifier, voltage, circuit, signal
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 12 Mar 2014 16:35
Last Modified: 12 Oct 2017 14:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8473

Actions (login required)

View Item View Item