Aplikasi Life Cycle Assesment (LCA) dalam pemilihan kaedah pengurusan sisa pepejal

Roslina Jemali (2009) Aplikasi Life Cycle Assesment (LCA) dalam pemilihan kaedah pengurusan sisa pepejal. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002019.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menilai kaedah pengurusan sisa yang releven untuk diaplikasikan di bandaraya Johor Bahru. Aplikasi LCA digunakan dalam kajian ini sebagai alat kepada pemilihan kaedah tersebut. Secara umumnya, kajian ini mengemukakan dua kaedah pengurusan sisa. Andaian pertama ialah 40% daripada sisa pepejal yang dihasilkan akan dikitar semula mengikut kategori masing-masing. Manakala pilihan kedua pula ialah kadar kitar semula akan ditingkatkan kepada 60%. Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, keputusan menunjukkan andaian kaedah yang dikemukakan amat signifikan untuk mengurangkan emisi ke udara. Ini dapat dilihat melalui pengurangan kadar emisi yang dilepaskan ke udara semakin berkurangan. Pemilihan kitar semula sebagai kaedah altematif untuk kawasan kajian dapat menjimatkan tenaga terutamanya dalam penghasilan produk baru. Pengurangan kadar emisi melalui kitar semula dan emisi di tapak pelupusan secara tidak langsung dapat meminimakan potensi pemanasan global. Dengan itu, aplikasi LCA dalam pemilihan kaedah pengurusan sisa pepejal sememangnya dapat membantu untuk mengurangkan risiko pencemaran alam sekitar dan seterusnya dapat memelihara alam sekitar ini.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: waste management, Life Cycle Assessment, recycle, emission reduction, pollution, environment
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 14 Mar 2014 11:49
Last Modified: 12 Oct 2017 16:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8507

Actions (login required)

View Item View Item