Penyediaan dan pencirian bahan pateri aloi stanum-plumbum kuprum

Amirul Fazli Md Roslim (2008) Penyediaan dan pencirian bahan pateri aloi stanum-plumbum kuprum. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002056.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Aloi pateri stanum-plumbum-kuprum dengan peratusan berat di antara 59.41%Sn-39.60%Pb-0.99%Cu sehingga 52.l7%Sn-34.78%Pb-13.04%Cu disediakan dengan menggunakan teknik peleburan yang mana tiga bahan iaitu stanum (Sn), plumbum (Pb) dan kuprum (Cu) dileburkan dengan menggunakan relau. Sampel yang dihasilkan diukur kerintangan dan kekonduksian elektrik dengan menggunakan kaedah penduga empat titik. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menghasilkan aloi pateri stanum-plumbumkuprum yang terbaik dan membandingkan kerintangan dan kekonduksian elektrik aloi pateri 60%Sn-40%Pb dengan sampel aloi pateri stanum-plumbum-kuprum pilihan. Sampel6 dengan peratusan beratnya 53.l0%Sn-35.40%Pb-l1.50%Cu merupakan sampel yang mempunyai kerintangan elektrik paling rendah iaitu 5.1631 x 10��Ω.cm dan kekonduksian elektrik yang paling tinggi iaitu 1.9363 x 10� Ω�¹cm�¹ . Selain itu juga, sampel alternatif yang sesuai digunakan ialah Sampel 7 dengan peratusan herat 52.l7%Sn-34.78%Pb-13.04%Cu kerana sampel ini juga mempunyai kerintangan yang agak rendah dan kekonduksian yang juga tinggi berbanding sampel lain. Pertambahan kuprum dalam peratusan berat sampel aloi pateri telah menyebabkan kekonduksian elektrik meningkat dan kerintangan elektrik berkurangan. Perbandingan di antara kedua-dua jenis aloi pateri telah menunjukkan bahawa aloi pateri 60%Sn-40%Pb mempunyai kerintangan yang paling rendah dan kekonduksian elektrik yang paling tinggi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: solder alloy, stannum, plumbum, cuprum, copper, furnace, melting technique, electrical resistivity, conductivity
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 24 Mar 2014 16:14
Last Modified: 13 Oct 2017 09:37
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8575

Actions (login required)

View Item View Item