Penilaian berangka ke atas model kualiti air sungai dengan menggunakan kaedah kumpulan tak tersirat separuh sapuan

Aziah Othman (2005) Penilaian berangka ke atas model kualiti air sungai dengan menggunakan kaedah kumpulan tak tersirat separuh sapuan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002066.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah tentang pengiraan berangka ke atas model air sungai dengan menggunakan kaedah kumpulan tak tersirat separuh sapuan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengaplikasikan kaedah berangka di dalam model resapan-olakan bagi mensimulasikan taburan kepekatan bahan organik atau bahan pencemar setelah melalui proses perpindahan fizikal di dalam sungai pada jarak dan masa tertentu. Hasil daripada penilaian berangka ini, didapati model resapan-olakan dapat dirumuskan kepada persamaan penghampiran dengan menggunakan skim Crank-Nicolson di bawah kaedah kumpulan tak tersirat. Terdapat dua persamaan penghampiran pembezaan yang dilakukan iaitu untuk sapuan penuh dan separuh sapuan. Seterusnya, penyelesaian bagi persamaan penghampiran diselesaikan dengan menggunakan kaedah lelaran Gauss-Siedel dan kaedah lelaran dua titik kumpulan tak tersirat. Kajian ini menunjukkan bahawa kaedah kumpulan tak tersirat separuh sapuan adalah kaedah yang mengambil masa lebih cepat dan mempunyai masa perlaksanaan lebih cepat dan mempunyai kurang bilangan lelaran berbanding kaedah kumpulan tak tersirat sapuan penuh

Item Type: Academic Exercise
Keyword: water quality model, full-sweep explicit group method, numerical method, convective-diffusion equation, Gauss-Siedel iterative method, time consume
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 Mar 2014 16:30
Last Modified: 13 Oct 2017 09:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8620

Actions (login required)

View Item View Item