Kajian analisis menggunakan mamografi - kegunaannya dalam diagnostik dan pengesanan

Nur Fazilah Mohamad Hanafiah (2005) Kajian analisis menggunakan mamografi - kegunaannya dalam diagnostik dan pengesanan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002067.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kanser payudara adalah salah satu jenis kanser yang menjadi penyebab utama kematian bagi wanita. Cara yang efektif untuk pengesanan awal kanser payudara ialah mamografi dan kebanyakkan negara seperti Amerika Syarikat telah menubuhkan cara penskrinan menggunakan teknik ini. Dengan pengenalan mamografi digital (FFDM), cara penskrinan kanser payudara akan berubah. Secara khusus, kegunaan sistem penglihatan digital untuk membaca mamogram membenarkan apiikasi cara memproses imej baru di dalam rutin asas. FFDM juga memudahkan kegunaan pembantu pengesan/diagnosis berkomputer (CAD) tanpa gangguan proses digital FFDM mempunyai 100% sensitiviti, 64.86% spesifisiti, 74% ketepatan, 50% nilai ramalan positif dan 100% nilai ramalan negatif untuk rnembezakan benjolan sarna ada berbahaya (kanser) atau tidak berbahaya (tiada kanser). Data sekunder yang diambil daripada 100 orang pesakit telah dikenalpasti oleh FFDM iaitu terdiri daripada 48 kes tidak berbahaya dan 52 kes berbahaya. Majoriti pesakit yang menghidapai kanser payudara berumur dalam lingkungan 40 tahun hingga 50 tahun. Sebanyak 58 kes kanser payudara ini dipengaruhi oleh faktor sejarah keluarga yang pemah menghidapi kanser payudara. Selain itu, kuantiti foton sinar-X (kVp), pengukuran arus tiub sinar- X per saat (mAs) dan ketebalan payudara merupakan faktor utama yang mempengaruhi keamatan sinar - X dalam FFDM ini

Item Type: Academic Exercise
Keyword: breast cancer, mammography, FFDM, malignant lump, x-ray tube
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 Mar 2014 16:29
Last Modified: 13 Oct 2017 09:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8621

Actions (login required)

View Item View Item