Kajian kesan suntikan mikoriza, Rhizobium dan pemberian baja fosforus keatas tumbesaran dan hasil kacang soya (Glycine max (L.) Merrill)

Irene Ganaselvam (2005) Kajian kesan suntikan mikoriza, Rhizobium dan pemberian baja fosforus keatas tumbesaran dan hasil kacang soya (Glycine max (L.) Merrill). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002069.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan suntikan Rhizobium, mikoriza, pemberian baja fosforus atau kombinasi sumber-sumber ini keatas tumbesaran dan hasil kacang soya (Glycine max (L.) Merrill). Kajian ini terdiri daripada lapan rawatan dengan empat replikasi dan diatur dalam rekabentuk rawak lengkap (Complete Randomize Design). Rawatan yang digunakan dalam kajian ini adalah baja fosforus Triple superphosphate, mikoriza spesies vesikular arbuskular dan kompos Rhizobium. Rawatan kawalan adalah tanpa suntikan Rhizobium, mikoriza dan pemberian baja fosforus yang disimpan sebagai kawalan. Pokok bagi tujuh rawatan lagi diberikan suntikan Rhizobium, suntikan mikoriza dan baja fosforus berdasarkan kepada keperluan rawatan-rawatan tersebut. Penuaian dilakukan sebanyak dua kali iaitu semasa pokok kacang soya berbunga (kira-kira lima minggu selepas ditanam) dan semasa lenggai matang (70 hingga 75 hari selepas ditanam). Analisis untuk varians (ANOVA) menunjukkan terdapat perbezaan signifikan (P < .05) antara rawatan-rawatan yang diberikan dalam kajian ini. Berdasarkan kepada keputusan penuaian pertama, suntikan Rhizobium berinteraksi dengan aplikasi baja fosforus meningkatkan produktiviti daun, batang dan akar serta pembintilan pada pokok kacang soya secara signifikasi (P < 0.05); nilai purata berat kering daun, batang dan akar adalah 6.81g, 6.85 g dan 6.38 g masing-masing dan nilai purata bintil adalah 247.50 per polibeg. Untuk rawatan kawalan, berat kering daun, batang dan akar serta bilangan nodul adalah 0.93 g, 1.62 g, 0.41 g dan 0.00 nodul masing-masing. Berdasarkan kepada keputusan penuaian kedua pula, suntikan Rhizobium, mikoriza dengan baja fosforus maningkatkan bilangan lenggai (57.75 lenggai) secara signifikan (P < 0.05). Rawatan suntikan Rhizobium dengan rnikoriza pula memberi kesan signifikasi (P < 0.05) yang amat ketara keatas bilangan biji kacang soya (104.50 biji), hasil kacang soya (10.19 g) dan saiz biji untuk seratus biji (10.01g). Untuk rawatan kawalan, nilai purata bilangan lenggai dan biji dan hasil biji serta saiz biji untuk seratus biji benih kacang soya adalah 20.50 lenggai, 36.50 biji, 1.58 g dan 4.32 g masing-masing. Sebagai kesimpulannya, pengaplikasian Rhizobium, mikoriza dan baja fosforus amat penting dalam meningkatkan hasil dan tumbesaran tanaman kacang soya.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Rhizobium, treatment, ANOVA, soyabean crop, myccorhiza inoculation, phosphorus fertilizer application, Completely Randomized Design
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 Mar 2014 16:36
Last Modified: 13 Oct 2017 09:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8624

Actions (login required)

View Item View Item