Jason G. F. Tonduba (2007) Pembuatan 'sodi' dan kajian ciri-ciri bunyi sompoton. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002071.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Projek ini merupakan kajian pembinaan 'sodi' daripada bahan yang lain iaitu alumminium yang menggantikan 'sodi' tradisional yang diperbuat daripada kayu palma atau buluh. ' Sodi' alumminium ini dibuat berdasarkan kepada 'sodi' tradisional dan ia dibuat dengan kepanjangan, kelebaran dan pemberat lidah 'sodi' yang berlainan. Kepanjangan lidah yang digunakan adalah 1.25 cm, 1.35 cm, 1.45 cm, 1.55 cm, 1.65 cm dan 1.75 cm. Kelebaran pula adalah 0.15 cm, 0.25 cm, l.35 cm dan 0.45 cm. Pemberat di buat pada 0.0030 g untuk lapisan pertama, 0.0025 g dan 0.0024 g untuk dua lapisan, 0.0025 g, 0,0023 g dan 0.0026 g untuk tiga lapisan dan 0.0024 g, 0.0020 g, 0.0025 g dan 0.0027 g untuk empat lapisan. Selain itu projek ini juga mengkaji ciri-ciri bunyi sompoton daripada 'sodi' alumminium. Ciri yang dikaji adalah dari segi frekuensi. Bunyi yang dihasilkan dirakam oleh mikrofon dan dimasukkan ke komputer yang mempunyai perisian MATLAB. MATLAB menganalisis bunyi tersebut dengan menggunakan teknik Fast Fourier Transformation (FFT). Frekuensi 'sodi' alumminium semakin rendah apabila panjang lidah ' sodi' semakin panjang. Selain itu semakin lebar lidah 'sodi' semakin rendah frekuensinya dan semakin tebal lidah 'sodi' semakin rendah frekuensinya.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | MATLAB, Fast Fourier Transformation (FFT) technique, sodi, tongue, sompoton, frequency |
Subjects: | T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 01 Apr 2014 08:54 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 09:45 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8626 |
Actions (login required)
View Item |