Kajian tentang membina bateri daripada garam masakan (Natrium Klorida)

Zura Yus Azrin Ismail (2008) Kajian tentang membina bateri daripada garam masakan (Natrium Klorida). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002085.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Larutan garam adalah bahan yang berada dalam keadaan asid dan bes. Kajian yang dijalankan menggunakan mesin Scanning Electron Microscopy (SEM) membuktikan lagi kenyataan berikut apabila gambar yang diambil menunjukkan bahawa permukaan asas bagi hablur garam adalah dalam keadaan rata. Ia mampu mengkonduksi elektrik jika ia dikenakan dengan sebarang bahan lain yang akan menjadi terminal positif dan negatif bahan. Semakin pekat sesuatu larutan garam maka semakin tinggi kadar penghasilan tenaga yang dijanakannya kecuali apabila ia mencapai takat tepu. Takat tepu bagi larutan garam pada suhu 25°C adalah 35.9 % jisim per isipadunya. Hasil analisis yang mengaplikasikan teori elektrokimia dengan menggunakan karbon sebagai terminal positif dan kuprum atau aluminum sebagai terminal negatif bateri menunjukkan bahawa voltan yang mampu dijanakan oleh larutan garam tersebut adalah berkadaran di antara 0.31 V hingga 0.93 V. Voltan semakin meningkat jika bahan yang digunakan sebagai terminal negatif bateri adalah dari logam reaktif. Voltan ini semakin berkurangan dengan masa penggunaannya, iaitu voltan berkadar songsang dengan masa penggunaan. Akhirnya bateri tersebut tidak dapat digunakan lagi jika rintangan dalamnya lebih besar dari tenaga yang mampu dijanakan oleh ion-ion dalam larutan tersebut. lni berlaku apabila pelarutan ion dari bahan terminal mecapai komposisi 50 % daripada jumlah larutan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Scanning Electron Microscopy, salt substance, electricity, voltage, temperature, time of usage
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 08 Apr 2014 13:37
Last Modified: 13 Oct 2017 10:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8675

Actions (login required)

View Item View Item