Siti Rohani Safei (2007) Impak dua jenis herbisid terhadap kepelbagaian mikroorganisma tanah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002186.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini adalah untuk mengkaji kesan herbisid Hextar Paraquat 13 dan Powex ke atas kepelbagaian mikroorganisma tanah. Dua kepekatan digunakan bagi setiap herbisid iaitu pada kepekatan yang disyorkan (K1) dan kepekatan ditingkatkan satu kali ganda daripada biasa digunakan dilapangan (K2). Data diperoleh melalui tiga persampelan iaitu pada hari pertama penyemburan (24 Januari 2007), satu minggu (31 Januari 2007) dan dua minggu (7 Februari 2007). Dua kaedah yang digunakan dalam kajian ini iaitu pengkuituran, dilihat dari bilangan koloni, dan penggunaan mikroplat GN2 melalui penguraian karbon yang digunakan oleh mikroorganisma tanah. Pengurangan dari segi diversiti dan bilangan koloni ditunjukkan melalui pengkuituran. Akan tetapi, perbezaan dari segi kepekatan hanya ditunjukkan dari segi bilangan koloni sahaja. Penggunaan substrak karbon oleh mikroorganisma juga berkurang bagi mikroplat GN2. Hasil yang diperolehi ini menunjukkan babawa herbisid Paraquat dan Powex memberi kesan negatif kepada diversiti dan bilangan koloni mikroorganisma. Kepekatan herbisid yang berbeza juga menunjukkan kesan yang berbeza kepada mikroorganisma tanab. Pengaplikasian pestisid kepada tanah menunjukkan salah satu faktor pengurangan mikroorganisma tanah.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Micropate GN2, carbon, herbicide |
Subjects: | T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 25 Apr 2014 14:06 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 11:27 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8862 |
Actions (login required)
View Item |