Suzlin Yusuf (2007) Prevalens helmin gastrousus di kalangan kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan Nongkolud, Tuaran. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002209.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Satu kajian mengenai prevalens helmin gastrousus di kalangan kanak-kanak berusia tujuh hingga sembilan tahun di Sekolah Kebangsaan Nongkolud, Tuaran, Sabah telah dijalankan. Hasil menunjukkan 19 (19% prevalens) daripada 100 kanak-kanak dijangkiti oleh satu atau lebih parasit helmin gastrousus. Parasit yang mempunyai prevalens tertinggi dalam kajian ini ialah Ascaris lumbricoides (52%), diikuti dengan Trichuris trichiura (26%), cacing kait (13%) dan Clonorchis sinensis (9%). Semua hipotesis yang dibuat telah dianalisis menggunakan ujian Khi Kuasa Dua dan ujian Korelasi Spearman. Tiada hubungan dijumpai di antara infeksi helmin dengan jantina, umur dan faktor sosioekonomi (P>O.05). Ujian Spearman mendapati terdapat hubungan di antara infeksi helmin dengan faktor demografi, gejala, tabiat dan faktor kesihatan (P<0.05). Infeksi parasit di kalangan kanak-kanak berkaitan dengan keadaan sanitari yang rendah, kebersihan persekitaran dan juga faktor demografi. Ini menunjukkan kesedaran awam, pendidikan kesihatan dan peningkatan sanitari penting untuk membantu mengurangkan masalah infeksi parasit ini
| Item Type: | Academic Exercise |
|---|---|
| Keyword: | gastrointestinal helminthes, prevalence, children, Spearman rank test, parasitic infection, Chi Square Test |
| Subjects: | Q Science > QR Microbiology |
| Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
| Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
| Date Deposited: | 06 May 2014 14:00 |
| Last Modified: | 13 Oct 2017 11:40 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8896 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

