Haster J. Sinuyul (2007) Regenerasi kelapa sawit daripada kalus. University Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002226.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Sistem regenerasi kelapa sawit yang efisien adalah penting bagi menjayakan sistem transformasi kelapa sawit. Dengan itu, kajian ini dijalankan untuk menguji kesan asid amino terhadap sistem regenerasi kelapa sawit. Asid amino yang terlibat adalah L-glutamin, L- sisteina dan L- prolin dengan 4 rawatan kepekatan, iaitu 0.0, 0.2, 0.4, dan 0.6 g/L. Kajian ini menggunakan dua jenis eksplan, iaitu embrio pramatang dan daun muda daripada umbut pokok kelapa sawit berumur 25 bulan. Medium pengaruhan kalus adalah medium MS diberi kepekatan hormon 2.0 mg/L 2,4-D dan 0.4 mg/L NAA. Eksplan daun muda juga telah dikulturkan ke dalam medium pengaruhan kalus yang mengandungi 5.0 mg/L NAA dan 1.0 mg/L 2,4-D. Medium embriogenesis somatik ditambah dengan kepekatan hormon yang rendah, iaitu 0.2 mg/L NAA dan disediakan dengan rawatan asid amino yang berbeza. Keputusan yang diperoleh tidak mencapai objektif kajian. Eksplan embrio pramatang tidak membentuk embrio somatik samada melalui kalus mahupun secara terus. Sebaliknya beberapa tindak balas ditunjukkan melalui beberapa morfologi. Morfologi embrio membengkak mencatatkan min peratus tertinggi, iaitu, 73.2 ± 19.0 untuk ujian kedua dan 68.8 ± 12.1 untuk ujian ketiga. Eksplan daun muda telah dipindahkan ke dalam medium embriogenesis somatik selepas 4 minggu berada dalam medium pengaruhan kalus, walaubagaimanapun perkembangan kalus terhenti setelah eksplan dipindahkan. Tiada embrio somatik terbentuk daripada eksplan tetapi beberapa eksplan daripada setiap rawatan menunjukkan pembentukkan struktur bebenang halus yang lutsinar di bahagian tepi daun dan lidi daun. Struktur tersebut bukan embrio somatik yang terbentuk secara terus.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | regeneration system, oil palm, amino acid, treatment, swollen embryo |
Subjects: | Q Science > QK Botany |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 14 May 2014 13:17 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 11:51 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9011 |
Actions (login required)
View Item |