Lucy Gawis @ Noranissa Abdullah (2007) Cabaran guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran muzik dalam kurikulum prasekolah. Masters thesis, University Malaysia Sabah.
|
Text
mt0000000360.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, kemahiran dan kemampuan guru melaksanakan pembelajaran muzik dalam komponen kurikulum prasekolah. Di samping itu, ia juga meninjau kesediaan pentadbir dalam pelaksanaan serta cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru-guru muzik prasekolah. Seramai 30 orang guru dari prasekolah kerajaan; Jabatan Pelajaran, Jabatan KEMAS, Jabatan Perpaduan dan prasekolah swasta, dari daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran dipilih sebagai sampel kajian ini. Pengumpulan data dilakukan melalui soal selidik, pemerhatian dan temubual. Analisis data dilakukan menggunakan statistik diskriptif berdasarkan kekerapan dan peratusan. Data temubual dianalisis menggunakan koding dan kategori. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru prasekolah mempunyai kefahaman yang baik tehadap kandungan kurikulum muzik tetapi tidak semua guru mempunyai pengetahuan teori dan kemahiran alat muzik untuk melaksanakannya dengan berkesan. Sebahagian besar guru prasekolah dari agensi kerajaan tidak mempunyai kemahiran asas dalam permainan alat (Kibod. Gitar dan Alat Perkusi) seperti yang diperlukan dalam kurikulum. Guru juga didapati tiada kelayakan bidang khusus muzik untuk mengajar aspek-aspek pendidikan muzik di prasekolah. Tahap kemampuan mengajar didapati kurang berkesan kerana guru kurang berkemahiran bidang psikologi kanak-kanak, pedagogi dan perlunya kemahiran bermain alat dalam pengajaran. Hasil kajian juga menunjukkan pihak guru besar dan ketua pentadbir kurang peka terhadap keperluan asas prasarana pengajaran, peralatan muzik dan pentingnya latihan berkala untuk guru muzik. Latihan penyegaran semula (refresher course) juga diperlukan bagi memantapkan tahap kefaahaman dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran muzik. Adalah diharapkan mplikasi dari kajian ini boleh digunapakai sebagai garis kriteria pemilihan guru prasekolah pada masa akan datang.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | music, preschool curriculum, teacher challenges, teaching and learning, component, implimentation |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
Department: | SCHOOL > School of Arts Studies |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 03 Jun 2014 15:16 |
Last Modified: | 27 Oct 2017 17:06 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9135 |
Actions (login required)
View Item |