Hubungan pengetahuan,dan kemahiran muzikal dengan prestasi latihan mengajar pendidikan muzik dalam kalangan guru pelatih di maktab-maktab perguruan di Sabah

Soh, Chin Kui (2006) Hubungan pengetahuan,dan kemahiran muzikal dengan prestasi latihan mengajar pendidikan muzik dalam kalangan guru pelatih di maktab-maktab perguruan di Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000422.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan pengetahuan muzikal dan kemahiran-kemahiran muzikal dengan prestasi latihan mengajar dalam kalangan guru-guru pelatih di maktab-maktab perguruan di Sabah. Sampel kajian ini melibatkan seramai 72 orang guru pelatih Kursus Diploma Perguruan Malaysia dalam pengkhususan Pendidikan Muzik. Pengumpulan data dilakukan melalui gred pencapaian pengetahuan muzikal, gred amali kemah iran muzikal, gred latihan mengajar dan satu set borang soal selidik yang menggunakan skala ordinal dan skala Likert 4 mata untuk mendapatkan persepsi daripada guru-guru pelatih. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 11.5. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa peratusan tahap penguasaan pengetahuan muzikal dalam kalangan guru-guru pelatih adalah di tahap sederhana iaitu sebanyak 76.9%, manakala peratusan tahap penguasaan kemahiran muzikal berada di tahap sederhana juga iaitu sebanyak 82.7%. Tahap prestasi pencapaian latihan mengajar juga berada di tahap penguasaan yang sederhana iaitu sebanyak 90.3%. Hasil kajian juga menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan di antara tahap penguasaan pengetahuan dan kemahiran muzikal dengan prestasi latihan mengajar dalam kalangan guru pelatih (rs=0.65, rs=0.66). Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan hubungan tahap penguasaan muzikal dan kemahiran-kemahiran muzikal dengan prestasi latihan mengajar dalam kalangan guru-guru pelatih pengkhususan muzik di maktab-maktab di Sabah adalah pada tahap yang sederhana tinggi.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: musical knowledge, music skill, teaching practicum, level of competency, teacher trainees
Subjects: ?? LB2300 ??
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 09 Jul 2014 11:28
Last Modified: 30 Oct 2017 10:06
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9309

Actions (login required)

View Item View Item