Pencapaian penguasaan bahasa murid tahun 6 sekolah rendah dalam kemahiran membaca dan kemahiran menulis

Michael Pakang (2006) Pencapaian penguasaan bahasa murid tahun 6 sekolah rendah dalam kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000436.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang Pencapaian Murid Tahun 6 Sekolah Rendah dalam Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis. Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah rendah luar bandar dalam daerah Telupid, Sabah. Dalam kajian ini telah memilih enam buah sekolah rendah luar bandar untuk mewakili jumlah populasi. Dalam proses persampelan sistematik, tiga buah sekolah telah dipilih untuk mewakili sampel. Seramai 52 orang murid Tahun 6 telah terlibat dalam kajian ini. Daripada jumlah tersebut, terdapat 24 orang murid lelaki dan 28 orang murid perempuan. Semua data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan ujian-t dan statistik deskriftif. Ujian-ujian ini digunakan untuk menjawab 5 objektif kajian. Dari segi dapatan kajian,. terdapat perbezaan pencapaian murid dari segi penguasaan bahasa dalam kemahiran membaca dan menulis. Pencapaian penguasaan bahasa murid perempuan lebih tinggi dibandingkan dengan murid lelaki. Dalam kajian ini, jelas menggambarkan bahawa pencapaian penguasaan bahasa murid Tahun 6 sekolah rendah dalam kemahiran membaca dan menulis masih di tahap rendah. Untuk kajian masa depan, dicadangkan agar skop kajian dapat diperluaskan, dari segi bilangan sekolah terlibat, dan menambah bilangan responden kajian di sekolah-sekolah luar bandar.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: primary school, writing and reading skills, rural area school, achievement
Subjects: ?? LB1603 ??
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 04 Aug 2014 08:37
Last Modified: 30 Oct 2017 10:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9384

Actions (login required)

View Item View Item