Faktor Pengimarahan Masjid Jannatun Na’im Seri Taman, Sandakan: Satu Tinjauan

Saifulazry Mokhtar and Muhammad Afiq Basiron and Kasoma Thia (2020) Faktor Pengimarahan Masjid Jannatun Na’im Seri Taman, Sandakan: Satu Tinjauan.

[img] Text
Faktor Pengimarahan Masjid Jannatun Na’im Seri Taman, Sandakan.pdf

Download (41kB)
[img] Text
Faktor Pengimarahan Masjid Jannatun Na’im Seri Taman, Sandakan1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (272kB)

Abstract

Institusi masjid merupakan sebuah institusi yang mempunyai peranan besar dalam membangunkan kesejahteraan umat. Pembangunan tersebut meliputi pelbagai aspek bermula dari aspek ibadah sehingga kepada aspek muamalat. Pembangunan yang diinginkan itu perlu kepada pengimarahan yang bukan sahaja didasari atas faktor fizikal semata. Oleh yang demikian, kajian ini ingin melihat dengan lebih jelas faktor kepada pengimarahan Masjid Jannatun Na’im Seri Taman, Sandakan yang menjadi contoh kepada masyarakat di Daerah Sandakan. Kajian ini menggunakan metodologi kajian gabungan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Seramai 30 orang responden yang terlibat dalam soal selidik serta temu bual secara rawak berkaitan dengan faktor pengimarahan masjid tersebut terhadap masyarakat setempat. Hasil kajian ini mendapati bahawa faktor pengimarahan masjid yang utama adalah terbentuk daripada hubungan yang kuat antara pengurusan aktiviti masjid, pengurusan dana dan organisasi serta pengurusan di Masjid Jannatun Na’im Seri Taman, Sandakan. Peranan dan tanggungjawab individu dalam menjayakan setiap program dan aktiviti masjid turut menyumbang kepada pengimarahan Masjid Jannatun Nai’im ini. Faktor-faktor pengimarahan ini dapat dijadikan sebagai salah satu penanda aras kepada masjidmasjid lain di sekitar negeri Sabah khasnya dan di Malaysia amnya.

Item Type: Proceedings
Keyword: Pengimarahan masjid, Masjid Jannatun Na’im, Seri Taman Sandakan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Jun 2021 09:34
Last Modified: 22 Jun 2021 09:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9404

Actions (login required)

View Item View Item