Lim, Fook Nyen (2010) Kontaminasi Staphylococcus aureus pada tangan dan nasal dikalangan pengendali makanan kolej kediaman pelajar, Universiti Malaysia Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
mt0000000464.pdf Download (10MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui tahap kontaminasi Staphylococcus aureus pada tangan dan nasal pengendali makanan Kolej Kediaman Pelajar (Kampung AS, CD dan E), Universiti Malaysia Sabah. Sebanyak 70 (N=70) sampel swab telah diambil, 35 (n=35) swab tangan dan 35 (n=35) swab nasal yang diambil dari pengendali makanan Kolej Kediaman Pelajar (Kampung AS, CD dan E). Semua sampel diana lisa mengikut Prosidur Piawaian Operasi, Makmal Kesihatan Awam (2006). Hasil kajian menunjukkan 62.86% kontaminasi pada nasal mempunyai tahap kontaminasi > 10,000 cfu/10ml dan merupakan tahap kontaminasi yang tertinggi sekali di antara kumpulan kontaminasi tangan dengan nasal. Ini menunjukkan tahap kontaminasi nasal adalah lebih tinggi berbanding tangan dan dibuktikan melalui perbandingan statistik. Hasil kajian menunjukkan tahap pencemaran pada nasal (x = 9972.75 cfu/l0ml) adalah lebih tinggi berbanding tangan (x = 1881.89 cfu/l0ml) pada sig.p 0.00. Kajian juga menunjukkan terdapat kolerasi yang lemah di antara tahap kontaminasi tangan dan nasal pada sig.p 0.138 dan kolerasi pada 0.256. Hasil analisis swab tangan dan nasal menunjukkan min tahap kontaminasi Kolej Kediaman Kampung E adalah paling tinggi sekali dengan min 6666.25 pada signifikan 0.551 yang menjadikan ia sebagai satu kawasan yang berisiko tinggi berlaku keracunan makanan jika tidak mengamalkan langkah berhati-hati seperti memilih makanan yang tidak berisiko tinggl, memilih kedai atau gerai yang bersih serta pengendali yang mengamalkan kebersihan diri yang tinggi. Hasil kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat kolerasi di antara taraf pendidikan dengan tahap kontaminasi tangan dan nasal tetapi menunjukkan kolerasi negatif yang lemah di antara tempoh masa bekerja dengan tahap kontaminasi tangan serta tiada kolerasi di antara kontaminasi nasal. Manakala kolerasi di antara pengalaman bekerja dengan tangan menunjukkan terdapatnya kolerasi sederhana kuat berbanding kontaminasi nasal. Ini menunjukkan pengalaman kerja sahaja tanpa pendidikan atau kursus yang sesuai bukan sebagai satu ukuran atau jaminan kepada kebersihan seseorang. Hasil daripada kajian ini satu tetapan standard perlu dibentuk dan dikuatkuasa dengan segera bagi mengawal tahap kontaminasi dikalangan pengendali makanan.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | contamination, Staphylococcus aureus, food handler, student residential, hygienic premises |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 18 Aug 2014 15:25 |
Last Modified: | 30 Oct 2017 11:24 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9472 |
Actions (login required)
View Item |