Perbandingan penilaian sensori makanan oleh panel menggunakan ujian segitiga dan 3-AFC

Petsi Andrius (2013) Perbandingan penilaian sensori makanan oleh panel menggunakan ujian segitiga dan 3-AFC. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002326.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji perbandingan penilaian sensori makanan oleh panel menggunakan ujian segitiga dan 3-AFC Disamping itu, kajian keatas perkaitan antara kaedah ujian segitiga dan 3-AFC terhadap panel juga diambilkira dalam kajian. Perbezaan ambang rasa panel lelaki dan perempuan turut dijalankan dan dikaji bagi mengelakkan bias pada kajian. Kajian merangkumi 2 fasa. Fasa 1 dijalankan bagi menilai ambang rasa panel yang terlibat, manakala fasa 2 mengkaji perbandingan penilaian sensori makanan oleh panel yang terlibat dengan menggunakan kaedah ujian segitiga dan 3-AFC disamping mengaitkannya dengan ambang rasa panel yang telah dikaji pada fasa 1. Tiga rasa asas yang digunakan sebagai sampel kajian adalah manis (sukrosa), masam (asid sitrik) dan masin (Natrium Klorida). Nilai ambang rasa terbaik keseluruhan panel bagi rasa manis, masam dan masin masing-masing adalah 9.S4g/L, 0.15g/L, dan 1.16g/L. Kajian mendapati terdapat perbezaan ambang rasa antara jantina terhadap rasa manis dan masin (P<0.05). Namun, tidak pada rasa masam (P>0.05). keputusan kajian fasa 2 mendapati min skor ujian yang betul (nitai d') bagi ujian 3-AFC adalah lebih tinggi berbanding ujian segitiga dan tidak terdapat perkaitan antara kaedah ujian segitiga dan 3-AFC terhadap panel (P>0.05) sebaliknya menurut kajian lepas, kaedah mempunyai kaitan terhadap strategi kognitif dan peraturan keputusan. Kajian ini menjelaskan bahawa kaedah ujian 3-AFC adalah lebih tepat dan mudah dijalankan berbanding ujian segitiga dan tidak terdapat perkaitan dengan panel yang digunakan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: sensory evaluation, 3-AFC test, triangle, panel
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 08 Oct 2014 15:28
Last Modified: 13 Oct 2017 14:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9691

Actions (login required)

View Item View Item