Pembangunan produk jus campuran buah-buahan daripada dabai (Canarium odontophyllum Miq.) Dan tembikai (Citrullus Lanatus)

Tiong, Siew Ing (2013) Pembangunan produk jus campuran buah-buahan daripada dabai (Canarium odontophyllum Miq.) Dan tembikai (Citrullus Lanatus). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002330.pdf

Download (12MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk membangunkan jus campuran buah-buahan daripada buah dabai (Canarium cxlontophyllum Miq.) dan buah tembikai (Citrullus Lanatus). Pemilihan formulasi dilakukan melalui ujian hedonik. Sampel Fl (37% nisbah puri tembikai kepada dabai ialah 50:50, 8% gula, 0.1% ezim pektinase, 0.1% asid sitrik,0.05% natrium benzoate dan 54.75% air) yang dipilih sebagai formulasi terbaik dan menunjukkan nilai skor min yang tertinggi bagi attribut warna, aroma, kemanisan, aftertaste, keseimbangan rasa dan penerimaan keseluruhan. Analisis proksimat menunjukkan sampel F1 mengandungi 1.30±0.18% lemak, 0.47±0.05% protein, 0.55±0.09% serabut kasar dan 0.08±0.02% abu dengan mempunyai nilai pH (4.3±0.01), 0.37±0.06% jumlah keasidan, briksnya 11.67±0.01 dan 0.71±0.17mg vitamin C. Jus campuran buah-buahan disimpan pada suhu bilik dan suhu sejuk selama 4 minggu untuk ujian mutu simpanan. Ujian fizikokimia menunjukkan penurunan pH sedikit pada suhu bilik (4.31±0.01 kepada 3.26±0.08) dan suhu sejuk (4.31±0.01 hingga 3.82±0.18). Penurunan jumlah pepejal terlarut sedikit untuk suhu simpanan bilik (11.67±0.11 hingga 11.27±0.12) dan suhu sejuk (11.67±0.12 kepada 11.40±0.00). Ujian mikrobiologi pula menunjukkan bahawa jus campuran buah-buahan yang lebih sesuai disimpan pada suhu sejuk dan mempunyai jangka hayat penyimpanan selama 3 minggu.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: mixed fruit juice, dabai fruit, watermelon, fruit puree, cold temperature
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 09 Oct 2014 11:27
Last Modified: 13 Oct 2017 14:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9695

Actions (login required)

View Item View Item