Tahap pengetahuan, sikap dan amalan mengenai khasiat air kelapa muda di kalangan pengamal perubatan sekitar Kota Kinabalu Sabah

Hevenney Vianie Heroney (2013) Tahap pengetahuan, sikap dan amalan mengenai khasiat air kelapa muda di kalangan pengamal perubatan sekitar Kota Kinabalu Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002366.pdf

Download (12MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan, sikap dan amalan mengenai khasiat air kelapa muda di kalangan pengamal perubatan alopati dan alternatif sekitar Kota Kinabalu Sabah. Seramai 75 orang yang terdiri daripada 35 orang pengamal perubatan alopati dan 40 orang pengamal perubatan alternatif terlibat dalam kajian soal selidik ini. Data diperolehi dengan menggunakan kaedah borang soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 20.0. Secara umumnya, responden menunjukkan tahap pengetahuan (50.4%) dan amalan (59.5%) yang sederhana berkaitan air kelapa muda dan menunjukkan sikap yang positif (77.1%) terhadap air kelapa muda. Didapati terdapat hubungan yang signifikan (p<0.05) antara ciri-ciri demografik responden iaitu umur, bangsa, pekerjaan, tahap pendidikan dan pengalaman bekerja responden dengan sikap dan amalan berkaitan air kelapa muda. Namun tiada hubungan yang signifikan (p>0.05) antara jantina dan agama responden dengan tahap pengetahuan, sikap dan amalan berkaitan air kelapa muda. Ujian Mann-Whitney U dilakukan untuk mengkaji perbezaan antara pengamal perubatan alopati dan alternatif dari segi tahap pengetahuan, sikap dan amalan. Keputusan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) antara pengamal perubatan alopati dan alternatif dari segi sikap dan amalan mereka berkaitan air kelapa muda. Secara keseluruhan, taburan frekuensi menunjukkan pengambilan air kelapa muda yang rendah di mana seramai 33.3% responden mengambil air kelapa muda sebulan sekali dan 32.0% responden pula mengambilnya beberapa kali dalam setahun. Dari aspek pengambilan air kelapa mengikut jenis kelapa, didapati 58.7% responden rnemilih kelapa jenis kelapa pandan atau wangi. Majoriti responden (74.7%) mengambil air kelapa muda semasa makan di luar. Apabila ditanya tentang faktor-faktor yang mendorong pengambilan air kelapa muda, didapati sebanyak 66.7% responden mengambil air kelapa muda disebabkan oleh kebaikan dan khasiat yang terdapat pada air kelapa muda. Secara kesimpulannya, semua pengamal perubatan mempunyai pengetahuan dan amalan yang sederhana serta sikap yang positif terhadap khasiat air kelapa muda. Pengamal perubatan alternatif menunjukkan sikap yang lebih positif dan amalan yang lebih baik mengenai air kelapa muda berbanding pengamal perubatan alopati.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: level of knowledge, attitude, health benefits, young coconut water, allopathic, alternative medicine practitioner
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 28 Oct 2014 14:40
Last Modified: 13 Oct 2017 15:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9820

Actions (login required)

View Item View Item