Pembangunan produk keropok menggunakan serbuk kulit udang

Elly Gideon (2013) Pembangunan produk keropok menggunakan serbuk kulit udang. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002385.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Objektif bagi kajian ini dijalankan adalah untuk menghasilkan dan membangunkan produk makanan berasaskan sisa kulit udang iaitu keropok udang. Formulasi untuk menghasilkan keropok kulit udang adalah berasaskan pengubahsuaian tepung tapioka dan serbuk kulit udang tetapi kandungan garam, gula dan air ditetapkan. Terdapat enam formulasi yang disediakan untuk menentukan formulasi yang terbaik. Keputusan ujian sensori skala hedonik mendapati bahawa formulasi yang terbaik ialah formulasi F3. Formulasi F3 mengandungi 61% tepung tapioka, 3% serbuk kulit udang, 2% garam dan gula serta 32% air. Analisis proksimat menunjukkan kandungan lembapan ialah 1.33 ± 0.03%, kandungan abu sebanyak 3.32 ± 0.04%, kandungan lemak sebanyak 15.23 ± 0.02% kandungan serabut kasar sebanyak 14.40 ± 0.04 dan kandungan protein sebanyak 1.82 ± 0.05%. Hasil daripada pengiraan kandungan karbohidrat ialah 63.90% dan jumlah tenaga dalam keropok kulit udang ialah 428.75 kcal/100g. Ujian pengembangan linear menunjukkan peratus pengembangan linear ialah sebanyak 115.36% dan ujian penyerapan minyak menunjukkan peratus penyerapan minyak ialah sebanyak 6.13%. Berdasarkan ujian pengguna, sebanyak 72% daripada 100 responden menyukai produk keropok kulit udang ini manakala 61% daripadanya akan membeli jika produk ini dipasarkan

Item Type: Academic Exercise
Keyword: shrimp shell, prawn cracker, product development, formulation
Subjects: ?? TP368-456_Food_processing_and_manufacture ??
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 12 Nov 2014 12:53
Last Modified: 23 Oct 2017 16:18
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9866

Actions (login required)

View Item View Item