Hidrologi dan sedimen terampai: Pemulihan kawasan tadahan selepas aktiviti pembalakan di Lembah Danum, Sabah

Mohd Nazri Ramu, (2005) Hidrologi dan sedimen terampai: Pemulihan kawasan tadahan selepas aktiviti pembalakan di Lembah Danum, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
14Mb

Abstract

Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti corak pemulihan dari aspek hidrologi dan hakisan yang berlaku di kawasan pembalakan selepas 15 tahun. Kajian dijalankan di dua kawasan tadahan iaitu Sungai Baru (0.56 km²) dan Sungai W8SS (1.7 km²) di Lembah Danum, Sabah. Lembah Danum terletak di timur laut Borneo, Sabah, Malaysia (5⁰01'U dan 117°48 'T). Kawasan tanih Lembah Danum terdiri daripada batuan yang mudah dihakis dan terbentuk dari formasi Kuamut. Sungai Baru merupakan kawasan yang telah dibalak pada tahun 1989 manakala Sungai W8S5 merupakan kawasan tadahan yang berada di dalam kawasan yang diklasifikasikan sebagai kawasan hutan simpan kelas 1. Kedua-dua kawasan telah dicerap menggunakan sistem log data untuk mendapatkan data kepekatan sedimen terampai dan luahan secara berterusan manakala hujan diukur menggunakan tolok hujan CASELLA yang juga disambungkan kepada sistem log data bagi simpanan data. Analisis aliran ribut untuk semua tahun kajian menggunakan teknik Hewlett dan Herbert dan di Sungai Baru menunjukkan penurunan jumlah aliran cepat dimana pada tahun 1989 mencatatlcan 82% manakala pada tahun 1991 mencatatkan sebanyak 78% dan pada tahun 2003 pula mencatatkan 48%. Walaupun berlakunya penurunan, peratusan aliran cepat masih lagi tinggi jika dibandingkan dengan Sungai W8S5 yang mencatatkan 13% pada tahun 1989, 20% pada tahun 1991 dan 16% pada tahun 2003. Ini menunjukkan bahawa terdapatnya proses pemulihan yang berlaku di Sungai Baru namun ia masih lagi belum pulih sepenuhnya seperti kawasan Sungai W8S5. Kajian ini juga mendapati bahawa hubungan diantara kekeruhan terhadap kepekatan sedimen terampai di dua kawasan adalah lebih baik jika dibandingkan dengan hubungan luahan terhadap kepekatan sedimen terampai. Dengan menggunakan keluk perkadaran kekeruhan kepekatan sedimen terampai, jumlah sedimen terampai di kedua-dua kawasan kajian diperolehi bagi menunjukkan fasa pemulihan yang berlaku. Perbezaan jumlah sedimen yang terhasil diantara Sungai Baru dan Sungai W8S5 menunjukkan penurunan dari 1413.03 ton/km² pada tahun 1989 kepada 135.69 ton/km² pada tahun 2003 namun jumlah sedimen yang dicatatkan oleh Sungai Baru pada tahun 2003 adalah sebanyak 309.88 ton/km² adalah masih dua kali ganda jumlah sedimen yang dicatatkan di Sungai W8S5 pada tahun yang sama. Oleh itu, selepas 15 tahun Sungai Baru masih belum pulih sepenuhnya daripada aktiviti pembalakan.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:recovery phase, suspended sediment concentration (SSC), CASELLA rain gauge, Hewlett and Herbert slope technique, hydrology
Subjects:Q Science > QH Natural history
Divisions:SCHOOL > School of Science and Technology
ID Code:10029
Deposited By:IR Admin
Deposited On:28 Nov 2014 14:18
Last Modified:28 Nov 2014 14:18

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository