Percambahan biji benih dan propagasi orkid endemik Borneo, Vanda dearei secara in vitro

Roslina Jawan, (2008) Percambahan biji benih dan propagasi orkid endemik Borneo, Vanda dearei secara in vitro. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
1865Kb

Abstract

Vanda dearei merupakan spesies orkid yang endemik dan terancam di kepulauan Borneo. Bunganya berbau harum dan mempunyai bentuk dan warna yang cantik. Ini telah menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap spesies ini untuk tujuan pengkomersialan. Akan tetapi, spesiesi ni mempunyai kitaran pertumbuhan yang lambat dan tidak boleh dibiakkan dengan cepat melalui kaedah propagasi konvensional. Oleh itu, prosedur propagasi kultur tisu telah dibangunkan. Kesan media asas (MS, VW, KC dan Mitra), kompleks aditif (air kelapa, jus tomato, homogenat pisang, ekstrak yis dan pepton), pengawalatur pertumbuhan (BAP, kinetin, NAA, IAA, IBA dan 2,4-D), gula (sukrosa, glukosa dan fruktosa) dan cahaya (24j gelap, 24j cerah dan 16j cerah) terhadap percambahan biji benih, proiiferasi protokorm, pertumbuhan dan perkembangan protokorm serta pengaruhan JSP daripada bahagian daun dan akar dilaporkan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa biji benih berjaya bercambah dan membentuk protokorm selepas 25 hari pengkulturan.Percambahan biji benih paling tinggi (45.75%) berlaku di atas media asas KC dan meningkat dengan penambahan masing-masing 0.50% (w/v) ekstrak yis (67.94%) dan 0.1mg/I NAA (80.20%) ke dalam media pengkulturan. Penambahan 1% (w/v) sukrosa mempercepatkan percambahan biji benih (23 had selepas pengkulturan) dengan 98.39% percambahan. Gula telah meningkatkan pembentukan pucuk. Kultur biji benih yang diletakkan di bawah 24j gelap mempamerkan peratusan percambahan yang lebih tinggi (96.33%) berbanding yang dikultur di bawah2 4j cerah( 94.83%). Di dalam kajian proliferasi, protokorm baru berjaya diaruh selepas 28 hari pengkulturan. Rawatan dengan kombinasi pengawalatur pertumbuhan didapati lebih efektif untuk mengaruh pembentukan protokorm berbanding dengan pengawalatur pertumbuhan tunggal dan dengan penambahan kompleks aditif. Proliferasi protokorm paling tinggi (50.47±10.47 biji protokorm baru) berlaku di atas media yang dibekalkan dengan 0.5mg/I NAA:0.5mg/I BAP.D alam pencerakinan media asas dan sumber gula, media asas 1/4KC dan 1% (w/v) sukrosa memberikan bilangan protokorm baru yang tertinggi: masingmasing dengan 12.41±4.00 dan 11.39±3.35 biji. Media cecair merangsang proliferasi protokorm lebih baik berbanding media pepejal. Akan tetapi protokorm baru yang terbentuk di dalam media cecair cenderung untuk mengalami nekrosis. Sumber eksplan yang berbeza juga mempengaruhi proliferasi protokorm. Selain protokorm, anak pokok dengan dua helai daun juga boleh menghasilkan protokorm baru (21.10±6.61 biji). Proliferasi protokorm adalah lebih tinggi di bawah 16j cerah (50.47±10.47 biji protokorm baru). Dalam kajian pertumbuhan dan perkembangan protokorm, anak pokok berjaya terbentuk selepas 140 hari pengkulturan di atas media asas ½MS sehingga 73.33% protokorm yang menghasilkan daun (3.21±1.47 helai daun) dan 35% yang menghasilkan akar (1.58±0.50 akar). Penambahan 0.2% (w/v) ekstrak yis meningkatkan peratusan protokorm yang berdaun dan berakar sehingga mencapai 97.78% masing-masing dengan 5.10±2.91 helai daun 1.78±0.73 akar. Kepekatan 4% (w/v) sukrosa merupakan sumber karbon yang terbaik yang berjaya mengaruh sehingga 100% protokorm yang berdaun (7.28±0.67 helai daun) dan berakar (3.43±0.42 akar). Dalam kajian pengaruhan JSP, JSP berjaya dihasilkan selepas 35 hari pengkulturan. Rawatan dengan kombinasi 4.0mg/I BAP:1.0 mg/I NAA merupakan rawatan yang paling efektif untuk mengaruh pembentukan JSP( 12.33±5.46 biji). Selain itu, eksplan pangkal daun menghasilkan lebih banyak JSP( 15.13±5.73 biji) berbanding dengan hujung daun (5.40±4.20 biji) dan hujung akar (tiada pembentukan JSP). Keadaan 24j gelap merupakan keadaan yang paling sesuai untuk pengaruhan JSP bagi spesies orkid ini.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Vanda dearei, orchid, Borneo, protocorm, conventional propagation method, in vitro
Subjects:Q Science > QK Botany
Divisions:SCHOOL > School of Science and Technology
ID Code:10117
Deposited By:IR Admin
Deposited On:11 Dec 2014 14:12
Last Modified:11 Dec 2014 14:12

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository